Muswell Hill: membawang biar berpada-pada!

“Lawa pe dapur tu!” itulah ungkapan pertama tatkala melihat set Muswell Hill di pentas Drama Centre Theatre.

Penonton pasti terpegun melihat set pementasan Pangdemonium ini. Bukan calang-calang set tau, ia begitu terperinci sekali. Berbanding dengan set teater yang biasa terlihat di mana ruangnya dipenuhi dengan perkara yang perlu saja, set dapur Muswell Hill ini serba lengkap.

Ada tempat masak, mesin cuci pinggan mangkuk, kabinet yang penuh dengan barangan dapur, esbok, tempat simpan wain. Maka, sinkinya juga berfungsi! Terdapat babak di mana watak Jess memasak telur dadar di depan penonton juga, whut?

Mat (tengah) berikan wain kepada Jess (kiri) dan Annie (kanan).
Mat (tengah) berikan wain kepada Jess (kiri) dan Annie (kanan).

Di dalam dapur inilah terjadinya segala konflik dan perbincangan antara enam orang watak walaupun ada di antara mereka baru mengenali satu sama lain pada malam itu.

Jess (Nikki Muller) dan Mat (Jason Godfrey), seorang pasangan suami isteri yang sedang mengalami kemelut perkahwinan menjemput rakan-rakan serta adiknya untuk makan malam bersama. Walaupun Mat sudah menyoal Jess mengenai hubungan sulitnya, Jess tidak ingin bincangkan hal tersebut pada waktu itu kerana ingin fokus kepada acara makan malam.

Peristiwa ini adalah cerminan kisah cerita ini kerana setiap watak seolah-olah tidak mahu bincangkan tentang hal yang berlaku dalam dunia pada ketika itu. Mereka semua menyentuh hal gempa bumi yang memakan nyawa beratus ribu orang tapi mereka semua tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi itu. Hanya sekadar bual kosong.

Malah, watak Simon (Gavin Yap) (dan kadang kala Karen (Samantha Hum) kot) seorang saja yang cuba membuka mata orang ramai kerana manusia amat leka akan situasi dunia. Namun pada masa yang sama, persoalannya adalah adakah kita harus sentiasa mengambil tahu tentang hal dunia yang jauh dari kita sehinggakan kita lupa tentang diri kita?

Jess, Mat, Karen dan Simon mendengar luahan hati Annie di atas pentas Muswell Hill.
Jess, Mat, Karen dan Simon mendengar luahan hati Annie.

Bak kata pepatah, “semut di depan mata tak nampak, gajah di depan mata tak nampak.”

Selain itu, pementasan arahan Timothy Koh ini juga agak kelakar kerana setiap watak sukaaaa sangat membawang tentang watak lain padahal mereka ada di dalam rumah yang sama!

Mungkin inilah budaya omputeh yang tidak tahu-menahu tata-tertib membawang. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar lah!

Rahsia terbongkar dan pergaduhan tercetus kerana pasang telinga atau TERRRRdengar perbualan.

Apa yang ketara dalam karya Torben Betts ini adalah perhubungan Jess dan adiknya, Annie (Tia Andre Guttensohn). Jess tidak merestui hubungan adiknya bersama Tony (Matt Grey) kerana jarak umur mereka dan adiknya juga terlalu muda.

Annie merayu kepada Tony agar tidak meninggalkannya
Annie merayu kepada Tony agar tidak meninggalkannya

Tapi pada masa yang sama, Jess juga mempunyai hubungan sulit dengan jejaka Australia, jadi dia pun bukanlah orang yang sempurna untuk memberi nasihat tentang perhubungan, kan?

Dalam satira sosial ini, setiap watak taksub dengan peranti pintar mereka. Pada awal 2010-an itu, smart phone masih baru jadi orang masih kemaruk lah. Menarik sungguh kerana penonton dibawa ke zaman itu dan jika dibandingkan sekarang, tabiat penggunaan handphone berubah sikit.

Secara keseluruhan, Muswell Hill sebuah pementasan yang bukan saja menghiburkan hati tapi akan membuat anda terfikir akan kehidupan anda yang penuh kelebihan, dan adakah anda sering terperangkap dalam aduan ‘first world problems’?

Anda boleh dapatkan tiket Muswell Hill di Sistic. Ia akan berlangsung hingga 10 Julai nanti.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar-gambar: Pangdemonium)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s