Little Shop of Horrors sebuah muzikal seronok, penuh iktibar

Bertenaga, tak kering gusi, menghiburkan, penuh drama, menyeronokkan!

Itulah Little Shop of Horrors oleh Sing’Theatre.

Muzikal komedi arahan TJ Taylor ini seolah-olah sebuah wadah untuk anda lupakan segala kepenatan serta kebimbangan, dan menikmati dunia mereka.

Lagi-lagi kalau uolls tonton pada hari biasa, pasti berbaloi lah malam tu.

Mendengar lagu-lagu berirama rancak yang dinyanyikan oleh para pelakon di pentas seperti mengajak anda untuk ikut menari bersama.

Terutama sekali oleh tiga wanita yang memegang pelbagai watak, AJ Alingalan, Nurulhuda Hassan dan Marissa Vojodi sentiasa menyuntik unsur kementelan dalam apa jua babak dalam muzikal ini.

Tiap kali mereka di pentas, pasti terasa macam nak gerakkan badan!
gambar: Poh Yu Khing

Tidak lupa juga lakonan Vanessa Kee sebagai Audrey. Loghat Brooklynnya tak terlepas, meskipun sedang menyanyi. Lakonannya juga amatlah meyakinkan di pentas. Memang suka lah tengok dia berlakon tu. Very the Betty Boop gitu!

Lakonan Andrew Marko sebagai watak utama, Seymour, tak usah pertikai. Memang beliau seorang pelakon teater yang versatil serta hebat, dan mampu menghidupkan seorang watak dengan begitu cemerlang sekali.

Seymour dan Audrey sibuk jawab panggilan pelanggan
gambar: Poh Yu Khing

TJ Taylor yang juga membawa watak Mr Mushnik juga tiada cacat celahnya.

Tapi siapa yang benar-benar mencuri perhatian dalam persembahan ini adalah doktor gigi, Orin (Benjamin Koh). Watak inilah yang membuat satu panggung teriak tatkala beraksi di atas pentas. Mungkin kerana ramai wanita tak dapat pada malam tu…

Orin, seorang doktor gigi yang… menggerunkan tapi sado!
gambar: Poh Yu Khing

Dan tentunya, watak Audrey II yang dikelola oleh Melissa May Garcia juga memainkan peranan paling penting. Memang masih terpegun cara ia bergerak dan tertanya-tanya bagaimana tumbuhan tu boleh pelahap orang tau.

Secara keseluruhan, Little Shop of Horrors amatlah menarik sekali dan sesuai ditonton bersama rakan dan keluarga. Sekiranya ada kekurangan… mungkin pentas boleh besar sikit kotttttt. Tu jeeeeeee!

Little Shop of Horrors akan berlangsung hingga 28 April. Anda boleh dapatkan tiket anda di Sistic.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen