Salam Zulhijah, para pembacaku! Alhamdulillah ye. Akhirnya, Dimensi Ke 4 telah pun tamat! Episod akhirnya yang ditayangkan pada hari Selasa malam itu tetap merepek. Tanpa berlengah masa, ayuh kita baca apa yang terjadi!
Wow, BDSM + outdoor fetish ke? Nakal…
Oh bukan. Silat rupanya. Eh… Ni padang haritu ke yang budak-budak mentah main bola tapi takde tandas? Ada kena-mengena ke?
So… Dia mimpi ke, dia berangan ke, dia imbas kembali??
Ini Murtad Murad.Hais. Kalau minah tu tak sukakan kau lagi, lupakan sua. Nak pukul bantai boyfriend dia pula. Buang masa.
Ni Fahrin dan Masita. Mereka couple. Fahrin selalu menemani temanitanya pulang ke rumah kerana si Sita ni penakut. Hais, kalau takut balik malam, asal kerja syif malam?
Tiba-tiba, mereka diserang 3 jejaka tadi tu. Abeh si Sita terpekik-pekau mintak tolong. Eh 3 lawan 1 tak adil dan saksama! Pengecut ah si Murad ni!
Tiba-tiba, ada orang berbaju kuning bukak silat dan menolong Fahrin. Nama dia Sufyan.
Dia ternampak tahi lalat Sita dan amat terpukau/terpegun??? Erm…
Si Fahrin pun kata dia sebenarnya tahu silat. Tapi silat dia tahap biasa-biasa. Si Sufyan punya silat tahap dewa. Si Sufyan pun berlagak ah. Kata silat kenek ada hati perasaan naluri semangat yadayada merepek. Si Fahrin pun kata dia nak belajar silat macam tu.
Si Tok Guru ni pakai pyjamas? Aku tau lah dah malam lol. Eh asal ada lampu colok eh? Musim raya ke? Eh murid-murid dia semua buruk/tua sak.
Nama dia Pak Wan…More like Pak Dowan. Dia mula lah berpidato sendirian cakap pasal pernafasanlah. Hati, jiwa, jasad pada yang satu. Harus suci lah. Supaya dapat menimba ilmu ini.
Dia kata kat si Sufyan bahawa Sita mampu memperkuatkan lagi ilmu dia??? Dia kata susah dia cari perempuan seperti Sita sebab hanya satu dalam seribu. Hmm.. Ni bukan susah. Ni malas. Dia satu dalam seribu, bukan sejuta. Let me do some math.
Menurut http://www.nptd.gov.sg/portals/0/news/population-in-brief-2014.pdf, terdapat seramai 1,679,000 orang wanita Singapura pada tahun 2014. Jika wanita seperti Sita hanya 1 dalam seribu, maka terdapat 1,679 orang seperti Sita. Natijahnya, Pak Wan seorang yang pemalas. Worldprak!
Ni silat ala-ala ular ke kursus badut? Pak Wan ni dia pakai baju zebra apasal sak. Sungguh jantan.
Dia mahu Fahrin sentiasa luangkan masa bersama dia agar Sufyan dapat berjumpa dengan Sita. Dia mahu Sufyan rapat dengan Sita atas sebab-sebab tertentu…
Sita amat terkejut apabila ternampak Sufyan di luar tempat kerjanya. Sita bertanya mengapa Sufyan berada di situ. Sufyan pun berkata dia mengganti tempat Fahrin kerana Fahrin sedang sibuk berlatih.
?????? GILA. Si dekni nak kan yang dara sahaja. Harap-harap kau dapat PENYAKIT. Dia suruh orang jauhkan diri daripada benda maksiat abeh dia yang buat??? Merepek. Kau nak perempuan abeh suruh orang lain cari? Pemalas tahap goncang pun kenek orang buatkan sak.
Semasa mereka sedang berminum, Fahrin menelefon Sita dan menyuruhnya untuk pulang segera kerana lewat. Tanpa disedari Sita, Sufyan meletakkan mozarella cheese dadah ke dalam minumannya. Tapi si Sita tak minum. Hahaha padan muka kau, Sufyan!!!
Si Fahrin ni dehydration?? Abeh si Sita kata Fahrin dah tak amek dia dari kerja. Dia sedih ah, ni biasalah. Wanite! Hahaha.
Si dekni kata keris ni suci macam dia, dia pun suci so kenek ada hubungan batin dengan wanita suci???????? Muka macam perogol bersiri nak step suci? Pergi CUCI muka jangan nak step suci. Lepastu sembunyi dalam laci makan kuaci sorang-sorang dan kunci laci tu. BYE.
Ni birthday party ke ada lilin semua?? Merepek. Si budak Fahrin macam dah hilang siuman!
Orang yang dah mampus berabad dia pergi seru??? Abeh si Fahrin ni pengsan??
Pak Wan suruh dia bertapa 7 hari 7 malam dengan alam semulajadi tapi Fahrin bertapa dalam bilik????
Semasa Fahrin bertapa, si Sufyan ni ambil kesempatan la. Ini semua standard.
G I L A
Si Sita tetap keluar dengan jantan ni?? Abeh jantan ni dah syiok sendiri ah ingatkan Sita tergila-gilakan dia. Jadi sekarang ada 4 jantan nak kan dia ah. Fahrin, Sufyan, Murad & Pak Wan. Wow kalau dia boleh kahwin 4 aku rasa dia dah kaup semua. $$$$$$$
LOL si Pak Wan world. Dia kata “ada apa pada cinta???!” Duh, kau tak tau pasal cinta sebab kau cuma main perempuan je. Merepek. Si Sufyan kata “menyintai”??? Cikgu kau tak ajar Hukum PTKS??
Perkataan yang bermula dengan huruf P, T, K atau S, jika diimbuhkan awalan meN-, huruf P,T,K atau S akan digugurkan. Cinta bermula dengan huruf C. Oleh itu, it’s “mencintai” dan bukan “menyintai”!! Kata dasar “menyintai” adalah sintai. SINTAI APA SAK.
Abeh dia ugut si dekni ah. Kata kalau tak laksanakan misi dia, kuasa kebal dia akan musnahlah lepastu mati. Semua orang akan mati satu hari nanti???
Si Sufyan pun luahkan perasaan dia ah. Si Sita terkejut. Kata dia mencintai Fahrin sangat. Tapi kalau kau cinta Fahrin kau takkan keluar dengan mamat ni????
LOL. Dia pun terus terang ah dia nak Sita ikut dia supaya dia dapat melengkapkan “kursus” yang sedang dia jalani.
ASTAGHA.
SIAL ah si Sufyan ni! Biadapzzzzzz.
LOL Fahrin sedang sibuk bertapa, sis. Bawak bertenang, ingat tuhan.
Ni saya konpius?? Dia macam Tony Stark ah konon. Nak kawal dia punya “iron suit” padahal dia dalam bilik? Tapi pada masa yang sama dia sedang berlawan dengan orang lain???
Jin buruk ni tetiba muncul. Buat orang terperanjatz.
Sita mencari Fahrin di rumahnya. Namun tiada orang membuka pintu. Makcik kepo pun berkata semalam dia ternampak Fahrin namun Fahrin kelihatan amat lemah.
Sita pun segera menelefon polis.
Sita diserang oleh Sufyan!!! Apa ni???
Si Murad pun bersilat dengan Sufyan ah. Tapi Sufyan tewaskan si Murad. Abeh si Murad amek besi dan hentak kepala Sufyan. Hahaha. Setelah itu, baru Murad dan Sita berlari. Si Sita ni bodoh tau. Bila Murad dan Sufyan bersilat, dia tanak lari???
YUCK. Dia takde HPV/ STD ke? Kalau HIV/Aids kemungkinan agak rendah la eh sebab dia cuma main wanita yang suci.
Akhirnya, rahsia Pak Wan terbongkar! Kesian si Fahrin ni. Ni episod kes penipuan lagi ni! Si Pak Wan ni gian abeh nak perempuan dara je??? Yuck. Abeh nak ajar silat batin lah konon. Menyampah.
Ok so diorang bermaafan. Akhir cerita. Happy Ending!
Hmm… Apa yang misteri sangat? Hampir kesemua episod Dimensi Ke 4 musim ini tidak seram. Ia hanya sekadar menimbulkan tanda tanya. Peristiwa-peristiwa yang terjadi juga mempunyai penjelasan yang logik ataupun saintifik! Tak best la macam gini. Ini kerana, Dimensi Ke 4 sepatutnya menakutkan para penonton dengan grafik-grafik seram dan juga kisah-kisah yang menaikkan bulu roma ketiak anda, bukan? Ni macam buat saya ketawa pula eh. Saya rasa Suria tidak mahu menerbitkan cerita yang betul-betul hantu kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam! Nanti makcik-pakcik warak komplen! Muahahaha. Ok, saya bagi ringkasan pendek buat setiap episod ye!
Episod 1: Orang Gajiku Goda Suamiku
Episod 2: Bayiku Ular
Episod 3: Pekerja Syif Malam Penakut
Episod 4: Mahligai Kita Porak Peranda
Episod 5: Pergi Ke Doktor Dahulu
Episod 6: (Sama seperti di atas)
Episod 7: Jejak Jenayah – Skim Cepat Kaya
Episod 8: Jejak Jenayah – Perogol Bersiri
Kalau tajuk-tajuk Dimensi Ke 4 ditukar kepada yang tertera di atas, tajuk Dimensi Ke 4 bakal ditukarkan kepada “Masalah Kuno Kita” HAHAHAHAHA.
Namun, tidak boleh dinafikan bahawa setiap episod mempunyai pengajaran buat para penonton! So, berfaedah juga lah eh tengok cerita ni. Tak buang masa. Macam orang tua kata, yang baik tu kita amek, yang kurang baik kita jauhkan ye!
Itu sahaja daripada saya ye. Saya berdoa agar Suria akan menerbitkan sebuah kisah seram yang benar-benar seram!!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)