Salam ROAR, wahai pembaca setiaku. Eh tunggu sekejap! Tidak, anda tidak berada di lelaman yang salah. Ini memang lelaman Pengkritik Sandiwara! Buat kali pertama, saya akan melakukan reviu/kupasan buat drama Inggeris di Saluran 5! Namun, saya akan hanya fokus kepada watak-watak Melayu sahaja. Aka Nurul Aini, Fir Rahman dan budak kecik tu. Yang lain… Tak penting bagiku la eh. Tetapi, anda boleh mengikuti Live Tweets saya di @Pengkritique apabila drama ini ditayangkan dengan hashtag #LionMomsCh5! Saya bakal tweet pasal kesemua peristiwa dan watak di situ!
Lion Moms mengisahkan 3 orang ibu-ibu tahap MILF yang berkerjaya dan berjaya yang harus mengimbangkan masa antara kerja dan anak. Pelbagai cabaran terpaksa mereka harungi sebagai ibu moden dan mereka tiga sekawan akan tolong satu sama lain untuk menyelesaikan segala masalah!
Ini Durrani. Dia merupakan seorang peguam. Yang naik motosikal tu suaminya, Reza.
Wow, banyaknye prata untuk menunjukkan bahawa si suami amat cintakan si isteri. Wow rumah besar!
Hmm… Cawan dan pinggan tetap Melayu eh! Saya suka. Hahaha. Durrani menyuruh Reza untuk membeli hadiah buat seorang birthday girl ni. Tapi Durrani rasa ragu-ragu. Reza pun berkata bahawa dia seorang Major di SAF & dia membuat keputusan bagi SAF. Takkan tu pun nak rasa ragu-ragu. Erm… Kau tu Melayu, mestilah ada ragu-ragu kalau kau buat keputusan untuk SAF… HAHAHAHAHA.
Wow kalau ni kat Mesyo dah censored! Anak dia ni tak fun ah. Reza kata boleh naik motor dan skip kelas piano tapi dia tetap nak pergi kelas piano?? (Dan dia tak boleh berlakon ah macam kaku lol abeh boleh tweet “look at my expression” tapi aku rasa dia dah delete)
Dia terpaksa menghias rumah kawan isterinya untuk birthday party. Kesian eh, tak boleh upah professional decorator ke apa??
Wow otot. Dia sudah membeli hadiah sebelum memberitahu isterinya apa yang dia mahu beli. Dia seharusnya hantar gambar kepada isterinya. LOL.
Dia menangkap basah. Si bapak birthday girl sedang bercumbuan dengan seorang perempuan yang diupah untuk menjadi seorang “Princess”. Wow taniah ye. Durrani wakil JAKIS. Jabatan Agama Kerajaan Islam Singapura.
Budak lelaki ni biadap??? Puteri semua boleh tua sampai kerepot pe. Durrani terpaksa menjadi puteri sebab si puteri tu dah cabut setelah dapat.
Ni betul-betul plot twist. Durrani menyuruh Reza membeli hadiah yang berguna, berpendidikan dan juga seronok. Namun, Reza membeli NERF gun hahaha. Tapi sebenarnya dalam kotak NERF ada mainan untuk gadis kecil ye.
Sodap la Nurul Aini dapat cubit Abang Sado Fir. HAHAHAHAHA. Secara terus terang, I’d ship them. Ini kerana kededua watak mereka amat bertentangan dengan stereotaip orang Melayu. Syabas, Channel 5!
Akhirnya, birthday party berjaya la eh. Abeh dia kata “what would I do without the 2 of you” Ni semua klisye.
Maaf ye, saya terpaksa tutup aurat. Aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut ye. Si budak Kai ni tanya mak dia “are you my daddy?” NO. He’s your mommy’s daddy. 😉 Mak dia pun terkejut ternampak lelaki ni muncul dalam rumah sewa dia.
Itulah episod pertama Lion Moms ye. Sejauh ini, saya rasa cerita ini amat ideal, tidak realistik dan terlalu kebaratan. Ia seolah-olah drama Desperate Housewives tak menjadi yang ditapis MDA.
Saya rasa memang diorang terdesak sangat kot nak meniru drama ini. Sampai birthday party ada Piñatas??? Diorang ada darah Mexico ke? Abeh watak-watak Cino berbual dengan accent?? Nama-nama watak pun agak pretentious? Annoying or what? Sebenarnya, drama ini akan menjadi lebih realistik jika pelakon-pelakonnya merupakan aunty-aunty yang biasa-biasa kiasu forever eh? Ni watak-watak semua muda dan good looking??
Si dekni yang berlakon seminit pun hot sak. Ok lah, episod pertama sahaja. Saya tanak cakap banyak sangat ye. Saya tidak akan melakukan reviu tentang drama ini lagi kecuali setelah drama bersiri ini tamat. Saya bakal kupaskan dari segi watak dan perwatakan ye. So, kalau nak baca kritikan pedas saya mengenai drama ini, ikutilah @Pengkritique di Twitter!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Channel 5’s Toggle/Facebook & Google)
[…] yang dijanjikan, saya akan menulis kupasan tentang drama Inggeris #LionMomsCh5 […]
LikeLike