Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang berlaku dalam episod 6 hingga ke 9 dalam drama Menantu International ini! Dengar-dengar… Cerita ini semakin hari semakin panas dan lebih banyak konflik!
Walaupun jatuh terlentang, Mel dan kandungannya selamat. Alhamdulillah. Mel pun berkata dia tidak pernah skip pil perancang dia. Pil yang Bryan jumpa adalah pil gula je. Namun, setelah mendapat gambar baby scan, Bryan bertukar fikiran dan amat mahukan bayi itu.
Kes si dekni masih ah. Mak bapak si isteri amatlah menyayangi dan memanjakan cucu mereka dan mahu hak penjagaan dan tidak mahu ayah budak tu jaga dia. Gila sak??
Fifi terjatuh di dapur dan terhempap Happy dalam posisi yang seksual. Ibunya Fir terpekik apabila ternampak mereka. Fifi cuba terangkan keadaan sebenar. Astagha. MUIS mana MUIS? Ni sebenarnya bukan PG ya, M18!!!!
Anak Bryan, Megan, sudah tiba di Singapura. Mereka ingin meluangkan masa bersama. Namun, si Megan ni depan bapak dia ok saja dengan Mel. Belakang bapak dia, dia tak suka Mel langsung. Ni standard la bila dapat mak tiri.
Ye la kau suka ONE D sampai terbukak mulut kau besar ternganga nak kan THE D. Mel dan Bryan menghias biliknya dengan barang-barang merepek 1D yang kini 0.8D.
Mel memanggilnya “sweetheart” tapi dia tak suka. Si dekni berlakon keterlaluan eh? Dia lah gadis yang ke kelas berlakon dan semua orang tak suka dia sebab dia pelajar yang terlalu serius dan akan cuba untuk melakukan yang terbaik. Dan boleh nampak sangat yang dia CUBA untuk berlakon sebab ia tidak kelihatan semula jadi. Dia ingatkan ni bangsawan ke kenek over the top bila berlakon?
Bryan berjumpa Jamaliah dan Aman untuk menunjuk gambar baby scan dan menyuruh mereka menamakan bayi yang bakal dilahirkan itu.
Ni masalah belum selesai dan ia semakin rumit. Jadi, si omputeh tu pun kata dia nak heret kes ni ke mahkamah. Si bapak bengis pun kata go head je lah kita pun boleh lawan kes ni. (???? erm hak jaga cucu?? Merepek sak??)
Tapi si isteri tak nak merumitkan lagi keadaan. Dia tidak mahu duduk sebumbung dengan ibu bapanya dan mahu hidup bersendirian dengan suami dan anaknya. Dia tidak mahu anaknya dimanjakan oleh ibu dan bapanya. Dia mahu mendidik dan membesarkan anaknya cara yang betul. Ibu dan bapa dia pun macam sedar diri la eh abeh maafkan. Tapi kalau realiti aku rasa ni takkan berlaku ah. Aku rasa pergi mahkamah abeh anak tu kemurungan abeh bunuh diri abeh diorang cerai.
Si Megan tolak Mel yang sedang hamil!!! Mel elak abeh Megan jatuh???? APA SAK WEAK SIOL.
Jatuh sikit terus masuk hospital sebab tulang patah??? Hahaha dia kat Amerika tak minum susu ke? Atau susu tetek Amerika tak kuat?? Si Megan pun memberitahu Bryan bahawa Mel menolaknya dan memanggil Mel penipu apabila Mel memberitahu perkara sebenar. Megan merungut macam budak kecik dan Mel pun sepak dia. SEDAP SAK. Bryan pun terkejut dan menghalau Mel keluar.
Ini klien baharu Sinar Kasih. Si laki ni jumpa perempuan Vietnam melalui agen mencari jodoh. Dia ke Sinar Kasih untuk menjalani kursus/kaunseling tapi terus nak sijil? Huh??????
Si Aman sakit kaki setelah penat menaiki tangga. Tanpa pengetahuannya, Happy mengurut kakinya. Dia ingatkan isterinya. Dia pun bermoaning ah sebab sedap.
Isteri dia terdengar dan melenting lah hahaha.
Mereka berdua bergaduh di luar ofis. Ni macam sepak di muka ah sebab diorang dua kaunselor tetapi tetap menghadapi masalah rumahtangga. Inilah realitinya ye. Tak faham kalau orang kata “si dekni kerja kaunselling tapi diri sendiri tak betul” sama macam bila orang kata “si dekni doktor tapi jatuh sakit” BODOH KAN ORANG-ORANG NI.
Andy menghantar Mel pulang. Hantar pulang eh jangan nak kenang masa silam ye. Mel tu isteri orang. Eh Andy, dah 3 tahun kau belum cari pengganti ke?
Si Lis ni amat marah dengan suaminya kerana suaminya dah max kad kredit. Ni semua tunggu masa untuk diisytiharkan muflis.
Ibu Megan, Carrie, ke Singapura untuk menjenguk Megan. Mel berminta maaf atas kejadian yang berlaku. Carrie tak ambil hati langsung. Dia kata anak dia memang Drama Queen. Dia seolah-olah dapat tahu. Maklumlah Mother Knows Best.
Happy mencari kerja supaya dia tak terperap je kat rumah dan dapat menjauhkan dirinya dengan ibu Fifi. Hahaha. Fifi ingin Happy mencari kerja yang sesuai.
Si Khalid ni ada hati nak pergi dating tapi takda duit. Ada $20 je. Tu pun duit isteri dia… Dia tak sedar diri ke? Asal isteri dia tak tuntut cerai eh? Tak bagi nafkah eh. Hmm.. Mungkin atas sebab anak-anak kot?
Bryan ingin meluangkan masa bersama Megan di hotel kerana ia merupakan malam terakhir Megan di Singapura. Si Mel marah lah sebab Carrie dan Bryan bakal ada di dalam satu bilik??? Si Bryan ni dia masuk Islam ke tak siak? Dia tahu halal haram tak????
Untuk sesi kedua mereka, Mel bertanya apa yang mereka berdua inginkan pada pasangan mereka. Si laki kata lah hati baik, tahu jaga perasaan yada yada. Si Vietnam ni kata duit lah rumah lah holiday semua. Benda material! Si laki pun terkejut beruk lah hahaha. Tu pun dia tetap nak kan si Vietnam.
Rekindle the past. Chey. Carrie pun memberitahu bahawa Mel tidak menolak Megan dan Megan berkelakuan buruk terhadap Mel di belakang Bryan. Bryan terkejut, si Megan pun minta maaf. Hmm.. Whatever. Tangan dah patah tu pasal kau minta maaf. Kalau tak, kau buat bodoh je.
Si Mel cuba menelefon Bryan tapi tak dapat sebab Megan dah matikan telefon Bryan. Dia call Fir. Dia pun sempat whatsapp Andy. TAPI TAK CALL AMBULANS??? Apa sak dah keluar darah semua sanggup whatsapp. 995 kan lagi cepat???
Keesokan harinya, Bryan balik rumah tetapi Mel tiada di rumah. Dia terkejut sebab darah merata tempat. Andy menelefonnya dan menyuruhnya untuk bergegas ke KKH. Mel terpekik-terlolong apabila Bryan tiba sebab emosi dia tidak stabil. Bayi dah gugur…
Si Andy menghantar Mel pulang… Hmmm… Kau tak cemburu ke, Bryan? Mereka berdua tu ada sejarah tau. Kalau berputik macam mana?
Fir amat marah apabila mendapat tahu kembarnya keguguran dan meminta penjelasan daripada Bryan. Dia tidak puas hati yang Bryan tidak berada di sisi Mel apabila Mel keguguran.
Nak telefon Mama Papa ke jantan Vietnam?? Ini skim penipuan!!!!
Ni kawan Jamaliah, Nab. Dia membawa Jamaliah berjumpa Tok Bomoh kerana dia berpendapat bahawa si Happy membawa jin China untuk menghasut Fir dan juga suami Jamaliah! Si bodoh bomoh pun kata ada jin lah. Dan meminta bil $777.70. Hmm.. Kes penipuan lagi ni!
Bapak dia amat marah apabila mendapat tahu Mel keguguran. Bryan meminta maaf dan menjelaskan perkara yang sebenar.
Si dekni taburkan kemenyan di depan pintu Happy agar jin-jin akan pulang balik ke China. Hahaha.
No Comment.
Bryan ingin ke Australia untuk kerja. Tapi si Mel tak mahu Bryan pergi sebab dia memerlukan Bryan sangat setelah dia keguguran anak dia. Si Bryan ni eh dia tak tahu jaga perasaan isteri dia ke??? Memang lah peluang kat Australia tu sekali je tapi isteri kau lagi penting kan??? Kalau apa-apa terjadi kat isteri kau??
Hahahaha. Kan aku dah kata! Diorang ada anak lagi! Tinggalkan sudah. Case closed.
Hmmm…
Wow si Bryan ni amat percayakan si Andy eh? Jangan Andy pecah amanah sua.
KAN. Dia tak bagi kunci tu pat Firman!! Dia beli bunga la, ini lah itu lah. Sampai tidur kat situ lagi! Esok pagi baru balik!!! Eh, kau marah bila Bryan tinggal dengan Carrie kat hotel. Abeh kau dengan si Andy dalam rumah????
Ambil angin ke AMBIL KESEMPATAN? Bryan menelefon Mel untuk memberitahu bahawa dia sudah sampai, dia bertanya jika Fir dah tiba ke belum. Hais.
Fir berlakon kononnya kenek rasuk dengan jin Cino. Mak dia pun terpecah tembelang kata jin tu sebenarnya harus masuk dalam Happy dan bukan Fir. Setelah kebenaran keluar daripada mulut maknya, Fir pun hentikan lakonannya. Dia amat marah dengan ibunya.
Lis amat tidak puas hati yang si Khalid suruh dia bayarkan hutang semua. Dia dah amat marah sebab dia kenek tanggung makan minum suaminya, $1500 sebulan!! Si Khalid pun kata jangan biadap sebab masih suami?? Abeh nak sepak?? Suami apa sak wtf??? Abeh dia terus keluar rumah dan ke rumah si Lizzy.
Secara jujur isteri Khalid lagi lawa daripada Lizzy!! Entah-entah si Lizzy ni jantan eh? HAHAHA baru padan muka! Lizzy pun mengajak Khalid bekerja bersama. Lizzy kata dia MAMASAN.
Klien terbaru. Si lelaki ni nak kahwin dengan minah Filipina ni tapi abang dia tak kasi sebab abang dia ingatkan si Filipina ni seorang pelach. Padahal dia seorang penurus di sebuah kelab.
HMMMMMM……
Ni krisis identiti. Si Happy agak sedih yang Fifi ingin Melayukan si Happy. Ini kerana Happy masih menjadi orang Cina. Dia cuma belajar budaya dan bahasa Melayu, bukan nak jadi orang Melayu, kan?
Walaupun duduk renggang, SYAITONNE tetap wujud ye. Mereka pun terkenang masa dulu. Hais!!
Si dekni abang yang klien tu. Dia beri Filipina $$$ agar dia berhenti jumpa adiknya. Mungkinkah wang membeli segala-galanya?? Si Filipina ambil duit tu dan jalan.
Happy kini duduk bersama Lis dan keluarganya. Supaya Happy dan ibu mereka tidak bertemu lagi haha. Sebelum Happy tiba, Khalid tidak setuju dengan keputusan Lis untuk mengajak Happy tinggal bersama kerana rahsia Khalid akan terbongkar. Namun, Lis berkata bahawa Happy akan membayar $500 sebulan dan ini dapat mengurangkan masalah kewangan mereka. Si Khalid pun terdiam.
Khalid bekerja sebagai pemandu untuk pelach-pelach high class???
Ni aku suka. Bapak dia mengajak Fir dan isterinya duduk berbual dan selesaikan masalah mereka. Ini patut dicontohi setiap keluarga ya! Duduk bersama, bersemuka untuk selesaikan masalah! Bagus Suria! Saya suka. Mereka pun dapat selesaikan lah eh.
Mereka jumpa setiap hari?? Abeh kata rindu masa diorang bersama?? Hmmm…
Semakin rumit dan semakin panas ye. Saya pun nak tahu kesudahan cerita ni. Walaupun ia mepunyai unsur-unsur humour, drama ini berjaya membentangkan isu-isu yang serius dan realistik! Cinta Andy dan Mel bakal berputik lagi? Krisis identiti Happy macam mana pula? Si Khalid akan terus bekerja sebagai Pak Supir?? Jangan lupa saksikan drama Menantu International setiap hari Rabu jam 9:30 malam!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Pejam celik, pejam celik, drama Menantu International ni dah tamat la eh wow!! Seperti blog yang sebelumnya mengenai drama ini, saya ada kata bahawa drama ini semakin panas dan banyak konflik! Ayuh kita lihat masalah-masalah yang watak-watak dalam drama ini terpaksa harungi! Kepada anda yang tidak mengikuti, sila baca post yang sebelumnya agar tidak keliru ya. Klik di sini: 1, 2, 3. […]
LikeLike