Salam, pembacaku. Pejam celik, pejam celik dah dua episod terakhir!!! Saya nak tanya korang. SERINDAI tu apa sak?? Saya ni bukannya begitu mahir bab-bab MISTIQUE SYAITONNE ni semua. Mengikut lelaman ini, http://kamus.sabda.org/kamus/serindai. Serindai bermaksud “hantu air yg konon suka mengganggu orang perempuan; puntianak; kuntilanak” WOW. Mungkinkah kita dapat melihat KUNTILANAKZ?
Wow ni ayam seekor buat Mi Soto siol. Latipah ni siapa? Hmmm.
Oh si dekni Latipah. Dia amat merindui kededua suaminya dan anaknya yang telah meninggal dunia. Sampai termimpi-mimpi.
Inilah menantunya Daud. Dia mengetuk pintu rumah ibu mertuanya. Tapi isterinya, Dahlia, mempunyai kunci. Hmmm… Misteri betul.
Ibu mereka memberitahu bahawa arwah-arwah menjenguknya tadi. Dahlia kata itu cuma mimpi sahaja. Tapi Ibu dia kata ia benar-benar berlaku! Dahlia pun ingin membawa ibunya ke doktor la untuk check-up.
Eh eh makcik kepo nak masuk frame. Abeh dia kata “oh pergi doktor? Mak sakit?” HUH??? Pergi doktor nak curi duit doktor yang tak akan habis sebenarnya.
Orang misteri meniup cincin Captain Planetnya.

Doktor kata ibu mereka kemurungan. Jadi perkara sebegini semuanya S T A N D A R D.
Wow. Dia bagi ibu dia kad ATM untuk belanja.
Bagus isteri dia. Dia pesan suami dia untuk bersedekah nanti apabila di masjid. Isteri mithali. Alhamdulillah.
Siapa ni yang pegang Daud?? Dengan gelang berbatu-batu?? Abeh nak duduk dengan Daud padahal banyak tempat yang kosong??
Daud pun terkehel/tercekik ah. Daud nak minum air teh tapi dia halang?? Abeh orang tua bagi jus mangga sejuk. Si Daud pun minum tanpa berkata bismillah. Hmm.. Entah dia letak racun ke, jampi ke??
Dia pun memperkenalkan dirinya. Dia Pak Dol, sukarelawan di masjid. Dan juga rakan baik arwah bapa mertuanya. Sekarang dia hidup susah la yadayada merepek.
Daud memberi wang kepada Pak Dol. $50 sak banyaknye. Entah-entah Pak Dol ni kaya raya eh?
Tu Cina Sembahyang la dhey. Atau… Suami kau sebenarnya menghisap rokok. Tapi dia tak bilang kau hahahaha.
Dahlia pun tak puas hati yang Daud memberi wang sebanyak $50. Dan mengapa Daud amat percayakan Pak Dol sedangkan Daud merupakan pegawai polis yang susah percaya orang. Dahlia mula musykil apabila Daud memberitahunya bahawa Daud menjemput Pak Dol untuk bersarapan bersama. Hmm.. Bila si Daud ajak sarapan? Siapa sak ajak orang sarapan bersama? Selalunya makan tengahari atau makan malam. Pelik.
Kan dia tepuk bahu si Daud lagi. Ish! Aku tak senang tengok dia berpegang-pegangan la!!
Jus mangga lagi. Musim buah mangga ke?
Saya amat suka dengan lakonan dia. Sopan dan juga tertib. Namun tetap sarkastik dan pedas kata-katanya. Ada kelas. Oh ya, dia lawa eh. Manis wajahnya. Boleh jadi duta Syahirah: Suci & Segar.
Apa dia buat eh dalam tandas tu?
??? Dia apa? Bau bekas kencing dia ke?? Gila. Apa sak, urgh??
Kalau perut tak rasa sedap kau jangan nak sentuh makanan tu semua eh. Datang sekadar nak makan GRATIS je. Abeh dia kata kat si Tipah “tak sudi minum jus mangga yang saya bawakan?” EH SUKA HATI LA DIA NAK MINUM APA. Abeh si Tipah tu pun macam malas nak layan so dia minum je untuk sedapkan si hati Dol ni.
Si Dol ni eh datang rumah orang abeh isap rokok??? Tak tau nak hormat tuan rumah ke?
Mereka dua pun berbual. Kata mereka nasib sama. Janda/duda mati kededuanya. Tapi harus tabah yadayada.
Tipah mimpi arwah suaminya memberikan Quran tapi sebelum dia mencapai Quran tersebut, dia LESAP. Hmm, makna yang amat mendalam ya.
Sesi mengurat/cinta berputik/ulat bulu dah naik daun. Geli siol.
Mereka dua menjenguk ibu mereka dan ibu mereka menyediakan jus mangga. Haha. Dahlia pun bertanya mengapa si Dol datang? Ibu mereka pun berkata Dol datang berhajat la… Hmm hajatnya apa eh agak-agak korang?
Hmm betul tu. Masuk meminang la. Hais dah tua pun masih nak ke? Si Daud sokong la. Sebab dah minum jus mangga. Dahlia bantah. Dia kata mereka tidak tahu latar belakang si Dol. Tetapi ibu mereka telah membuat keputusan. Lantak la eh?
Dia memang orang jahat. Tapi si Daud kata tak apalah. Ibu pun semakin ceria setelah Dol muncul dalam kehidupan ibu mereka.
KERJA ATAU DIKERJAKAN?!
Nak cari nafkah konon. Si Tipah pun kata tak payah susah -susah nak kerja. Dia ada duit peninggalan arwah suami serta wang insurans anaknya. Dia pun kata kalau nak duit ada kad ATM. Hmm… Dol tu sebenarnya sedang senyum macam iblis tapi tidak kelihatan la di luarannya. Eh, sebelum si Dol kahwin Tipah… Bagaimana dia sara kehidupan dia eh???? Tipah kahwin orang tak bekerja??
Gasak kau la Tipah. Kalau pengsan atau terlantar kat hospital jangan menyesal.
Wow dengan sesuka hati Tipah, dia letak nama Dol sebagai pemilik flat eh. Kau masih ada anak oi. Entah-entah si Dol tu mati dulu sebelum kau. LOL.
Dahlia pun berkata Dol tu seharusnya mencari kerja untuk menampung kehidupan merka berdua. Ini kerana wang akan habis jugak walaupun banyak sampai ke gunung Everest. Tapi ibu dia kata tak payah sua, mereka dah tua apa lah sangat.
Duit senoman Dahlia lesap selepas solat Maghrib. Siapa ambil ya? Jeng jeng jeng.
Ibu mereka terdengar kata-kata mereka dan terus melenting. Dia kata takkan rumah ni ada toyol.
Dahlia dan Daud tidak menuduh siapa-siapa tapi si Tipah ni terlalu mengikutkan perasaan??? Sampai menghalau mereka keluar?? Apa sak. Kan boleh berbual secara perlahan dan mencari wang itu bersama??
Wow satu hari suntuk diorang kat rumah baru sekarang kau nak tanya? Diorang dah kenek halau baru kau nak tanya? Kau buat apa kat dalam bilik? Suap toyol kau dengan mangga?? Buah mangga ke besi mangga eh hmm…
Captain Planet tak akan datang ye sebab kau je sorang yang ada cincin tu.
Dol sah sediakan air untuk Tipah. Air apa???
Tipah entah ngigau gelisah kat katil?
Saya rasa Dol letak Viagra dalam susu abeh kacau gunakan jari?? Pengotor sak, entah jari tu dah masuk dalam nonokz siapa entah yuck.
Dol sediakan breakfast on bed untuk Tipah. Romantis sungguh. Tapi romantis ada makna! Dan mencuri mengambil kad ATM Tipah. Apa je dia nak buat.
Eh diorang semua tak takut kenek tangkap main judi siang-siang hari? Lengkap dengan minuman ARAQUE lagi. Dol rupa-rupanya hanya inginkan wang Tipah. Dia ada perempuan Batam. Ni kes Tipah Tertipuuuuuu.
Si dekni kata ajak je pompan Batam tu balik dan beryoohoo. Si Tipah dah tua, apalah sangat.
Dol fikir kuasa mistiknya mujarab. Namun kawannya tidak setuju. Mereka berpendapat bahawa Tipah tu lurus bendol. Ikut sahaja kata-kata Dol.
Dahlia menyemak buku bank ibunya dan mendapat tahu bahawa wang ibunya semakin berkurangan. Dia mula risau dan ragu-ragu. Mereka pun ke rumah ibu mereka.
Haritu kata dah sihat. Asal masih nak makan ubat eh? Hmm…
HA KAU TERBARING KAT TENGAH-TENGAH RUANG TAMU.
Ni dah kenek tangkap basah ni!!! Padan muka.
Cincin Captain Planet terlepas dari jarinya! Alhamdulillah.
Oh… Si Daud rupanya IO. Salah satu daripada tujuh… (Google kata 824611 tidak wujud. Sobs)

Kesian Ibu dia eh dah jadi janda lagi hahaha. Suria 5eva ketagih dengan kisah janda/duda hahaha.
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Suami kau la yang isap rokok. Atau… Bau jiran PRC korang kat sebelah. Diorang kan berhimpun dalam satu rumah. Bau ketiak diorang berdisfusi ke seluruh flat!
Pengajaran drama ini? Jangan terlalu percayakan orang yang kita tidak kenali! Sememangnya naluri Dahlia ni memang benar dari dulu lagi. Namun, oleh kerana ibu dan juga suaminya telah minum jampi mangga si Dol, mereka mudah terpedaya dengan kata-kata manis si Dol. Dan si Dol pun lagi satu. Kenapa si Dol nak jadikan Tipah sebagai mangsanya? Kenapa dia tidak pilih wanita yang lebih kaya? Seperti seorang wanita tua yang tinggal di dalam banglo sebatang kera? Kan lebih muai dan lumayan? Si Tipah ni.. Harapkan duit CPF suaminya dan insurans anaknya sahaja. Kalaulah kau jadikan wanita yang berbisnes sebagai mangsa, aku rasa harta perempuan tu sampai ke langit ke tujuh lepastu tembus hingga ke langit ke 700. Dan kenapa Tipah terpikat dengan Dol? Apa yang ada sangat pada si Dol? Tak kaya. Tak ada kerja. Tak kacak. Takda anak cucu. Tak bergaya. Tak berharta. Hmm… Mungkin kontolnya masih oomph dan boomz kot? Hanya Allah sahaja yang tahu ya.
Sesungguhnya episod ini tidak ada yang mistik sangat la eh. Ni macam cerita Jejak Jenayah, skim penipuan. LOL. Tapi menarik la eh.
Kepada anda yang masih belum tahu, Pengkritik Sandiwara mempunyai akaun Twitternya yang tersendiri! Di situ, saya bakal mengadakan sesi “Tweet Secara Langsung” apabila drama kegemaran anda ditayangkan di Suria! Ikutilah @Pengkritique di Twitter! Kita boleh balas membalas tweet tentang drama yang sedang dimainkan di kaca TV anda!
Itu sahaja daripada saya! Undilah PAP. Bersama Anda. Untuk Anda. Demi Singapura.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos/gifs from Mediacorp Suria’s Toggle & Google)
[…] Episod 7: Jejak Jenayah – Skim Cepat Kaya […]
LikeLike
[…] Sumari kat TV eh? Dan perempuan Bara, Suraya Taib tu pun. Tapi dia asyik main cerita pendek je (Dimensi Ke 4 & Cahaya Lebaran) . Tak pernah amek drama bersiri. Saya amat suka dengan lakonannya! Mungkin […]
LikeLike