
Salam Bulan Bahasa, wahai pembaca setiaku. Ye! Akhirnya saya akan membuat rumusan tentang telemovie ini yang ditayangkan pada tahun baru hari itu hahahaha. Saya memang nak menonton di Toggle tapi asyik terlupa sahaja. Maklumlah sibuk dengan komitmen-komitmen yang bertepek (chey).

Demi Adriana merupakan adaptasi novel yang ditulis oleh Hafeez Glamour (entah apa yang glamour sangat?) Saya tidak membaca novel tersebut jadi kritikan pedas saya hanya berdasarkan telemovie ini dan bukan novelnya ya. Saya rasa novelnya jauh lebih baik daripada telemovie ini. Seperti yang dijangkakan la eh. Kalau buku cerita dibuatkan kepada filem pasti buku ceritanya lebih menarik.
Demi Adriana sebenarnya cerita cinta tiga segi la eh. Adriana merupakan seorang wartawan yang bekerja untuk sebuah syarikat di Australia. Projek terkininya adalah untuk menerbitkan sebuah dokumentari yang menunjukkan kehidupan orang-orang kampung di sebuah daerah di Sumatera. Kampung mereka telah hancur akibat letusan gunung berapi dan mereka terpaksa tinggal di kem sementara. Adriana terbang ke Indonesia dan semasa dia di situ, dia terjumpa kekasih-kekasih lamanya, Dr Khairul dan juga Syafik. Cinta mula berputik lagi dan Adriana seolah-olah dalam dilemma kerana tidak tahu calon yang mana satu harus dia pilih.
Adriana dan pasukannya sedang mencari idea untuk dokumentari mereka. Mereka tidak tahu apa harus mereka rakamkan.
Setelah melihat gambar-gambar mangsa-mangsa, Adriana pun berkata bahawa dia mahu merakam kesan pos-bencana dan juga pergolakan emosi mangsa-mangsa berikut. Ini dapat menarik perhatian para penonton.
Inilah Dr Khairul. Dia sedang periksa jika kesemua keperluan sudah selamat dibungkus untuk dibawa ke Sumatera.
Hmm, watak misteri ini menelefon Dr Khairul untuk memberitahu rancangan ini harus berjaya. Rancangan apa eh?
Nenek ini mempunyai hijab yang stail. Hijabsters di Singapura harus meningkatkan mutu hijab mereka. Nenek ini sebenarnya tidak ada apa-apa. Dia sengaja nak jumpa Dr Khairul sebab dia nak mengurat dengan doktor hensem. Dia sebenarnya rindu dengan kampung halamannya.
Pada masa yang sama, Adriana pun tiba di Sumatera. Tanpa membuang masa, dia mengambil gambar instagram-worthy.
Budak kecil ini dapat berpimpin tangan dengan Taufik Batisah. Saya bila pula? Lihat hijab dia tu. Curlass.
Adriana pun terserempak dengan Dr Khairul. Dia kelihatan terkejut dan terus menuju ke keretanya.
Adriana pun memberitahu jurukameranya (saya lupa nama dia, panggil dia Ali sudah) bahawa dia mahu pulang sekarang juga. Ali pun kata dia dah tak betul. Adriana memberitahu perkara yang sebenar. Ali pun kata bahawa Adriana tidak seharusnya mencampuradukkan perihal peribadi dengan kerja, seperti yang selalu dinasihati Adriana. Adriana pun terpaksalah dengar cakap Ali tu kerana tanak malu kan? Tambahan pula, Adriana memang mahu sangat menerbitkan dokumentari ini untuk syarikatnya.
Dr Khairul pun ternampak Adriana dari jauh. Tetapi dia tak terkejut pun. Dia bersyukur aku rasa.
Akhirnya, mereka pun bersemuka. Ali dan Dr Khairul bersalaman dan bertanya khabar. Dr Khairul bertanya apa yang si Ali buat kat Sumatera. Dia pun menjawab bahawa dia bekerja bersama Adriana untuk projeknya. Si Adriana terus “terlupa barang dalam kereta, bye”
Dr Khairul bertanya dengan Ali bagaimana keadaan si Adriana. Ali kata dia masih yang sama. Ali mahu lihat Adriana dan Dr Khairul bersama seperti dahulu. Ali pun menambah dan berkata Adriana seorang yang cantik lah, berjaya lah, wanita sempurna lah konon.
Cuci baju pun harus rakam tau sebab ia mampu menyentuh perasaan penonton kita yang cuci baju gunakan mesin.
Dr Khairul dan Adriana berjalan dari kem hingga ke air mata air semata-mata untuk berbual. Sepanjang perjalanan diorang tak berbual ke? Mereka berbicara tentang mengapa mereka putus dan mengapa Adriana tidak boleh melupakan insiden itu. Hmm… Mengapa mereka putus ya? Ayuh, kita imbas kembali!
Mereka sedang bincang pasal majlis perkahwinan mereka apabila si Adriana mahu menyemak emelnya. Dia mahu lihat jika CNN telah membalas emelnya. Dia baru login Mak si Adriana dah panggil untuk pilih pelamin. Dia pun bergegas ke sofa untuk duduk bersama maknya dan meletakkan komputer ribanya di meja situ je.
Dr Khairul ternampak emel daripada CNN dan dia TERpadam. Secara jujur saya tak tahu dia sengaja ataupun tidak sengaja la eh padam emel tersebut.
Adriana masih butthurt ah dengan insiden itu kerana itu merupakan peluangnya untuk mengembangkan sayapnya ke luar negara. Namun, Dr Khairul telah merosakkan masa depannya. Oleh itu, dia sudah hilang kepercayaan terhadap Dr Khairul dan putus tunang. Setakat emel sak.
Inilah Syafik. Dia merupakan seorang penulis/jurugambar untuk sebuah syarikat majalah.
Dia merupakan rakan sekolah Adriana semasa di kolej. Saya tidak begitu pasti samada kolej maktab rendah atau kolej universiti eh. Mereka dahulu pernah bercinta namun entah kenapa putus. Adriana ni memang suka putus-memutus ke?
Kesian Dr Khairul. Ada pesaing!! Tapi kenapa dia bagi thumbs up eh? Gila.
Eh eh si Adriana ni. Dia ingatkan dia kat India ke nak jatuh-jatuh abeh ada muzik terus tari-menari? Kau jangan jatuh lagi eh nanti lain pulak.
Mereka berjalan-jalan dan berkata wap api masih bahang lah ini lah lahar masih kelihatan di celah-celah gunung lah merepek. Abeh si Syafik kata “kalau dulu gunung tu dah mengeluarkan laharnya yang di dalam, kini giliran saya pula untuk meluahkan lahar yadayada” wow metafora yang amat hebat ya. Dia pun kata sudah 10 tahun tidak jumpa..
Ok, 10 tahun. Maknanya kini mereka 28 tahun. (jika kolej = jc)
Ataupun kini mereka 32-34 (jika kolej = uni)
Tua sak. Ok kembali seperti biasa… Setelah kolej, si Syafik mencari kerja di luar negara untuk melupakan Adriana kerana hatinya robek. Dia mengahwini seorang wanita namun perkahwinannya amatlah singkat. Ini kerana dia masih menyayangi Adriana.
Syafik pun berkata bahawa dia tidak mahu melepaskan peluang ini dan mahu menyambung perjalinan mesra seperti dahulu kala. Si Adriana pun dah mula syok la. Agak-agak anda semua, siapakah di dalam kereta hitam itu?
Tepat sekali! Dr Khairul la! Cemburu habis dia. Kesian eh.
Syafik ternampak dan juga terdengar perbualan antara Dr Khairul dan Adriana. Dr Khairul mahukan cinta Adriana namun Adriana tidak membalas cintanya kerana dia mahukan Syafik. Dia juga menambah bahawa dia cukup matang dalam hal cinta (wth kau dah putus dua kali wow matang banget). Dia juga kata dia kasihan dengan Syafik. Dr Khairul pun berkata biar cinta kerana sayang bukan atas sebab kasihan. Oooo pedas.
Syafik berjumpa Ali untuk bertanya apakah perhubungan antara Adriana dan Dr Khairul. Ali pun memberitahu perkara yang sebenar. Namun, Syafik tekad untuk menawan hati Adriana.
Pada malam itu, Syafik mempunyai sesak nafas dan berjumpa Dr Khairul. Dr Khairul memberi ubat dan juga name card. Si Syafik kata dia akan menjemput Dr Khairul ke majlis perkahwinannya. Eh berangan lebih eh si Syafik ni?
Si dekni tiba-tiba kata nenek dia hilang. Mungkin nenek dia ikut lori hingga ke kawasan kampung iaitu zon bahaya!!! Si bapak-bapak pun kata “ok besok kita cari” HUH BESOK??? BESOK ORANG TU DAH KENEK MAKAN DENGAN BURUNG HERING AKU RASA.

Adriana terdengar kata-kata si dektu dan tidak mahu melepaskan peluang itu untuk merakam insiden menarik ini.
Pada malam itu, mereka berkemas untuk bersiap sedia ke zon bahaya untuk mencari nenek itu. Si Ali kata dia ada migraine. Sebenarnya dia takut nak ke zon bahaya sebab dia pengecut. Ini semua standard. Adriana terpaksalah pergi sendirian.
Oh tetapi tidak. Kededua kekasih lama Adriana mahu melindungi Adriana. Nak step macho lah konon.
Semasa Syafik di tandas, mereka pun berbual sekejap. Dr Khairul memberitahu bahawa bapa Adriana yang menyuruhnya ke Sumatera agar cinta mereka boleh berputik lagi. Adriana pun terkejutlah. Dia kata jangan nak babitkan bapak dia.
Tapi, si Dr Khairul tu memberitahu perkara yang benar. Mereka berdua dah berkomplot ni. Ini kerana bapanya masih mahu Dr Khairul menjadi menantunya! Bapanya juga pasti Adriana akan jatuh cinta dengan Dr Khairul sekali lagi.
Dalam adegan ini, mereka pun cakap lah siapa akan dapat Adriana. Ni yang selalu kau nampak kat cerita cinta tiga segi la eh.
Semakin mereka menuju ke zon bahaya, si Syafik ni kelihatan letih dan kurang sihat. Dia sebenarnya memang lemah. Hahaha.
Dia pun muntah (hahaha macam saya) dan menasihati Adriana agar pulang dan lupakan saja misi pencarian nenek itu.
Tetapi, Adriana sudah bertekad untuk merakamkan dokumentari ini dan masih mahu meneruskan perjalanannya! Syafik terpaksa pulang ke kem sementara Adriana dan Dr Khairul sambung perjalanan mereka.
Adriana jatuh lagi la wth. Nasib baik ada Dr Khairul untuk selamatkan kau eh. Kalau tak kau terkenek wayar-wayar tajam tu.
Nasib Dr Khairul amat malang ya. Dia selamatkan Adriana dan dirinya cedera. Darah berlambak tapi dia tak rasa sakit??? Adriana kata “dalamnya luka you!” Dr khairul pun jawab “tak sedalam luka di hati you” MENYAMPAH SAK. Mereka pun sempat berbual pasal cinta mereka la. Kenapa Adriana senyap tinggalkan Dr Khairul yadayada. Abeh Adriana minta maaf????? G I L A.
Dia dah dapat Dr Khairul terus lupakan Syafik ke? Dia ni betul ke matang bab cinta????
Orang-orang yan ditugaskan untuk mencari nenek ini tidak berjaya mencari nenek itu??? Dr Khairul jugak yang berjaya??? WTH. Abeh si Adriana ni bukannya nak tolong. Dia masih ah dengan kamera dia nak rakam semua.
Adriana amat gembira kerana dapat merakamkan segalanya. Namun dia terpaksa pulang esok kerana kliennya mahukan dokumentari tersebut secepat mungkin.
Adriana amat sedih kerana terpaksa pulang ke Singapura awal daripada jadualnya. Dia mahu menjenguk Dr Khairul.
Dr Khairul pun kononnya dapat tahu ah yang si Adriana nak berangkat.
Adriana pun berkata dia tak sangka bapak dia dah rancang ni semua. Abeh puji si Dr Khairul sampai ke langit. Dia terus lupakan si Syafik tu ke???
Mak dia pun kata nak rancang majlis perkahwinan besar-besaran. Hmmm…
PLOT TWIST: Ali sebenarnya cintakan Adriana dan mahukan Adriana semenjak dahulu lagi. CHEYYYY Tak lah dia datang nak bilang sesuatu.
Si Adriana ingatkan pasal kerja. Dia kata semua dah siap dah all ok go je.
Aku rasa korang semua tahu la eh. Dr khairul dah mampos dah. zzzzz. Ni airmata bedek ni.
Erm… Kau nangis apahal. Si Syafik kan ada??? Gila sak kau. Abeh dengan bangganya kata kau matang?? Syafik lepas dia balik kem terus tak dengar berita?? Dia mati jugak ke?? Kalau dia mati, ok la eh si Adriana ni nangis sampai nak rak sebab dah takde jantan lain nak kan dia.
Hmmm… Cerita cinta tiga segi yang biasa-biasa sahaja. Penonton dapat meneka kesudahan cerita ini. Tapi kan, kalau anda Adriana, siapakah yang akan menjadi pilihan anda?
Dr Khairul:
- kaya
- doktor
- tall, dark, handsome
- ikhlas
- mengorban kesihatan demi kebahagiaan Adriana
- pandai
- bila kau tua boleh jadi taitai
- mampu menampung segala bil-bil
- boleh buat majlis besar-besaran
Syafik:
- kacak
- sado
- kulit putih
- mempunyai kerjaya yang hampir sama
- boleh membina syarikat bersama
- memahami pekerjaan masing-masing
- teenage dream
- lebih memuaskan di katil kerana sudah berpengalaman
Suka hati kau la eh nak pilih siapa. Lakonan si Taufik Batisah ni amatlah kaku??? Takde pelakon lain ke?? Tidak memuaskan seh. Kalau boleh saya mahu lihat watak Syafik itu sebagai seorang watak jahat yang mahu merampas Adriana daripada Dr Khairul ah. Baru dapat rasa kesan cinta tiga segi! Si Adriana ni bukannya hawt stuff/wanita Melayu terakhir. Entah kenapa si dua ekor tergila-gilakan dia. Nenek yang hilang pun gila la eh. Kampung kau tu dah musnah tau!! Si Adriana pun satu, setakat padam emel je nak bawak diri? Call je lah CNN untuk double confirm??? Merepek. Entah apa yang Demi Adriana? Aku rasa tu nama penuh dia, macam Demi Lovato.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos/gifs from Mediacorp Suria’s Toggle & Google)