Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini, salah seorang pengasas podcast terkemuka cepat memberi reaksi apabila seorang wanita meluahkan bahawa dirinya tidak begitu minat dengan podcast mereka.
Dzar Ismail telah berkongsi di Facebooknya sebab pengguna Instagram, @syafiyanibunny, telah kongsi di Instagram Storynya bahawa dirinya rasa kurang selesa mendengar podcast OKLETSGO kerana dia berpendapat bahawa kandungan podcast seolah-olah tidak menghormati wanita. Dan memanggil Dzar, Raja Razie dan Dyn Norahim ‘sakito’ atau ‘sickos’, gitew.
Beberapa orang juga kongsi IGS itu dan setuju, sehingga menarik perhatian Dzar.
Cepat melatah, Dzar tidak dapat terima pendapat orang lain dan memaki hamun di Twitternya. Pada masa yang sama Dzar sempat ‘riak’ dan berkata mereka dibayar kerana membuat apa yang mereka benar-benar minat.
Ramai jugak… ‘blood’ yang backing Dzar!
Pertama sekali, ramai orang tak suka OKLETSGO. That’s a fact. Podcast yang penuh dengan bahasa kesat dan bunyian gelak yang amat kuat bukan untuk semua orang. Kami pasti ini bukan the first hate OLG terima, jadi kenapa Dzar memberi reaksi sebegini eh?
Kedua, tidak boleh dinafikan bahawa mereka amatlah berjaya dengan podcast ini. Mereka adalah tunggak kepada perubahan dalam dunia hiburan/radio dalam dunia Melayu setempat. Mereka telah memulakan trend di mana ramai individu yang juga telah memulakan podcast sendiri. Bahkan, mereka ada show yang sold out. Curlass gitew!
https://twitter.com/Pengkritique/status/1189403258617552897?s=20
Ketiga, adakah kami akan menafikan bahawa OKLETSGO mempunyai unsur misogyny? NOPE.
Let’s face the facts. Kepada beberapa individu, terutama sekali wanita, mereka mungkin menganggap kandungan OKLETSGO very misogynistic. Memang benar bahawa beberapa podcast mereka, mereka telah menolong wanita, mengetengahkan kisah mereka dan banyak lagi. Tapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh appear as misogynists kepada beberapa pihak.
Ia seolah-olah seperti ‘I have many gay friends, hence I’m not homophobic’. Anda boleh ada banyak rakan LGBT dan masih membenci LGBT. Ke-munafik-an bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia ini!
Natijahnya, bila seorang wanita rasa kurang selesa atau tidak senang, then that’s what she’s feeling. Semua orang berhak mempunyai pandangan masing-masing and that’s their privilege.
Kami telah mendengar beberapa episod OKLETSGO, amat menghiburkan. Tapi kadang-kala terdengar kata-kata yang berbaur misogyny. Mungkin kepada hos-hos OLG, itu bukan kata-kata yang mengutuk tapi jenaka buat pendengar mereka, dan pendengar mereka rasa ia lawak. Pada masa yang sama, beberapa orang juga akan rasa tersinggung.
TBH, we’d be fans kalau takde kandungan berbaur misogyny. Salah satu sebab kami tidak mendengar adalah kerana adanya kata-kata yang membuat kami rasa kurang selesa. Bukan pada episod yang bincangkan tentang seks saja, tapi juga episod lain yang biasa (bukan berunsurkan seks). Sebab syafiyanibunny said podcasts, so she’s referring to the general content.
Dan kami percaya bahawa mereka mungkin akan ditegur oleh individu atau badan-badan feminist seperti AWARE tidak lama lagi. It’s a matter of time.
Kami harap Dzar, Razie dan Dyn akan terus melakukan podcast ini dan menukar landskap hiburan di Singapura! Teruskan mencabar pemikiran masyarakat setempat dan membongkar isu-isu semasa yang tidak selalu dibincangkan secara terbuka.
Ekcili nak tulis pasal OLG on Detik tapi ni pulak muncul. Ok, Detik story hari lain, ye?
Ini cuma pandangan, jangan kecam…
Sama ada mereka kutuk wanita atau tidak, ia bergantung kepada pendengar. Period.
https://twitter.com/Pengkritique/status/1197124082514292738?s=20
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] KC yang mengatasi podcast-podcast lain seperti The Podcast yang dikelolakan oleh Lepak One Korner, OKLETSGO, The Thirsty Sisters, Plan B, NJU dan banyak […]
LikeLike
[…] tahun 2020-an adalah tempoh masa di mana kami mendedahkan misogynistic men. Kisah ini dan juga OkLetsGo dihangatkan, pasti kita boleh buat […]
LikeLike