Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Penerima Anugerah Tony dan Olivier, pelakon Lea Salonga (Miss Saigon) akan kembali ke Singapura sebagai salah satu watak dalam muzikal terunggul – Sweeney Todd!
Teater ini mengejutkan dan mengagumkan para penonton di seluruh dunia semenjak ia dipentaskan di Broadway, di mana sebanyak 8 Anugerah Tony dirangkul.
Sempena ulangtahun ke-40 muzikal ini yang ditulis dan digubah oleh Stephen Sondheim – pemenang Anugerah Academy, Grammy, Tony dan macam lagi, Singapore Repertory Theatre akan membawa Sweeney Todd ke Marina Bay Sands!
Kisah ini berkisar seorang penggunting rambut yang baru pulang dari exile dan ingin membalas dendam terhadap Hakim Turpin, dalang lah ni! Mampus….
Ini pertama kali Sweeney Todd akan dipentaskan di Singapura! Jangan terlepas peluang, pasti anda akan terpukau!
Sweeney Todd akan berlangsung di Sands Theatre di Marina Bay Sands dari 28 November hingga 8 Disember. Tiket-tiket boleh didapati di sini.
Tiket $15 bagi belia!!! Jangan cakap kami tak payung…
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!