Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Drama Suria yang dirakamkan di Amerika Syarikat ni agak ermz… menarik tapi membosankan pada masa yang sama. Dah episod 4 tapi penonton masih belum tahu apakah niat sebenar kultus ini. Lakonan Lydia Asyiqin dan Syarif amatlah memukau dan terpegun, tetapi malang sekali jalan ceritanya hambar.
https://www.instagram.com/p/BqoKonngJpc/
Terdapat juga unsur keulangan atau repetition di mana perkara yang sama asyik berlaku. Iaitu insiden di mana sama ada Syafik atau Syakilla cuba melarikan diri. Seperti menonton perkara yang sama setiap episod.
Pada episod ke-empat pula, ada adegan silap mata. Hmm?
Entah lah eh, saya rasa macam pelik tengok drama yang klimaksnya atau jalan ceritanya tidak terang lagi. Tapi saya akan terus menonton untuk mendapat tahu apa jalan ceritanya. Bukan macam cerita BTS tu, I tak kisah langsung!
– Pengkritik Sandiwara