Hilang Kasih Di Sarajevo: Episod 8 & 9

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Hari ini jom kita lihat perkembangan Sarajevo ni. Ke SaraHAVOC?

Episod 8

Drama Hilang Kasih Di Sarajevo telah pun bertukar tajuk kepada Hilang Hak Jagaan Anak dalam episod ini. Ini kerana lebih daripada 75% adegan dalam episod ketujuh ini menceritakan tentang Shahrul dan Rahimah yang sedang merebut hak anak.

Si Rahimah ni taksub sangat dengan kerjaya yang baru sahaja dibina sehinggakan terlupa nak pungut anak di sekolah dan sebagainya. Zack seperti dengan sengaja mencuri masanya agar dia lupakan anak. Kononnya ada usahawan Jepun nak taja segala perkakas baking. Entah betul entah tidak. Ini kerana dia menyuruh Rahimah menandatangani kontrak, dan apabila Rahimah ingin membaca, dia elak. Hmm… Abeh dia kata dengan usahawan tu si Rahimah akan promosikan segala perkakas melalui videonya. Tapi si Zack yang ambil duit? Ok, musykil.

Oleh kerana kecuaian Rahimah, Shahrul mengugut akan menggunakan kelalaiannya untuk merampas hak anak! Kesian.

Di Bosnia pula, Rahman dan Ramona ni macam leka pasal waktu. Si suami dalam rumah sedang catch up dengan isteri nombor 1, Zana. Malah si isteri nombor dua sedang bermesra dengan keluarga si madu. Takkan tak perasan Rahman dalam rumah terlalu lama, dah berpeluk all? Abeh lepastu si Rahman keluar rumah bengis. Tak dapat lattew. Terus nak balik! Si Ramona pula terima panggilan yang mengatakan bahawa Camille dah lesap dengan duit 250k tu!


Episod 9

Tiba saja di Singapura, si Rahman dan mulalah dengan trauma dia. Adiknya pula dah rasa sangsi dengan Zack kerana Zack lah punca masalah dalam keluarga. Ini kerana Zack yang menyarankan kembali ke Bosnia dan ini menyebabkan trauma abangnya ditriggered lagi! Selain itu, Shahrul pun mengejar Zack sebelum ini (Rahimah penumpang Zack), racing kereta. Ini kerana rakan Shahrul mangsa kes penipuan Zack! Hello, Syed Azmir!

Mujurlah Shahrul dan Rahimah telah berbaik demi anak.

Di Bosnia, Emina tertanya-tanya kenapa Rahman bergegas pulang ke Singapura. Dia dan ibunya sempat berbual pasal “Papa” padahal bukan Papa dia, RAHMAN! Apabila makan dating bersama pakwenya, pakwenya hampir tercakap pasal adegan dakapan Zana bersama Rahman! Wow misteri!

Ramona dan rakannya ke rumah Camille dan ternampak Camille terlantar, berlumuran darah!


Can this drama end already? Macam semakin belit aku tengok. Terlalu fokus kepada Shahrul dan Rahimah. Mungkin kisah antara Rahman dan Zana harus lebih menonjol! Secara terus terang, saya lebih ingin tahu sama ada Shahrul akan selamatkan Rahimah daripada terjatuh ke dalam lubang penipuan Zack, dan sama ada mereka akan berbaik semula dan nikah lagi daripada cerita antara Rahman dan Zana. Dan juga drama antara Zack dan Camille pun lagi menarik!

–Ā Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s