Salam sejahtera dan salam rindu, para pembaca setiaku!
Sememangnya sudah lama kita tak bersua bersama!
Haaa… Kali ini saya ingin bilang youalls bahawa syarikat W!ld Rice akan pindah ke rumah baharu mereka di Funan lifestyle complex dan mereka akan adakan pelbagai pementasan sempena acara rumah terbuka, gitew!
Selama 6 minggu dari Julai sehingga Ogos, terdapat 4 pementasan yang akan dipersembahkan di panggung baru yang diilhamkan oleh Swan Theatre milik Royal Shakespeare Company!
Lihatlah pentas “thrust stage” yang membenarkan penonton melibatkan diri dengan lebih mendalam menerusi tempat duduk di tepi. Asyiknya!
3 diantara pementasan yang bakal dipamerkan adalah pementasan yang telah habis dijual di acara Pesta Teater Singapura 2018!
Ditulis oleh Alfian Sa’at dan diarah Aidli Alin Mosbit, An Actress Prepares mengisahkan hidup Siti Kalijah Zainal, nama yang tidak asing lagi dalam dunia teater, sebagai seorang Melayu yang aktif dalam seni teater.
Faghag mengisahkan kehidupan Pam Oei sebagai seorang wanita yang tidak terlepas dari dunia homoseksual dan seorang yang sentiasa menegakkan hak LGBT! Menerusi watak-watak yang dimainkannya, beliau akan membuat penonton tertawa dengan cerita dan lagu-lagu yang menyentuh hati.
Apakah yang akan terjadi sekiranya anda mendapat tahu bahawa bibik anda memberi makanan yang kurang sihat kepada ibu bapa anda padahal sudah disuruh jaga pemakanan ibu bapa anda? Ikuti kisah Yanti, seorang pembantu rumah dari Indonesia yang secara senyap-senyap mengiyakan sahaja kehendak Teck, dan mungkin dikantoi satu hari kelak? Supervision ditulis oleh Thomas Lim dan diarah oleh Glen Goei.
Anything Can Happen/Something Must Happen mengajak penonton untuk menyertai drama dan membentukkan teater daripada kekosongan. Seramai 19 pelakon, pementasan ini menjanjikan pengalaman yang ghairah bagi para penonton!
Oleh itu, apa tunggu lagi? Banyak tau pementasan untuk dipilih! Ada diskaun 20% untuk early bird! Klik di sini untuk mendapatkan tiket-tiket anda!
– Pengkritik Sandiwara