Eh, Rahila Rashun dah kahwin?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Penyanyi setempat, Rahila Rashun, seolah-olah mengejutkan orang ramai apabila memuatnaikkan sebuah gambar dengan kapsyen “sebuah hari istimewa untuk saya” baru-baru ini.

Ramai warganet seperti tidak percaya bahawa pemenang SG Mania musim ketiga itu telah pun bernikah dengan suaminya, Mohamad Alhaj (KP Black, @kpblavk), sehinggakan Rahila sendiri menjelaskan di Instagram Storynya sekian hari bahawa mereka sudah bergelar suami isteri! Rahila berkata bahawa beliau perkahwinan mereka hanya diketahui oleh kenalan yang terdekat saja. Classy gitew!

Awal petang tadi, Rahila memuatnaikkan gambar mereka sarung cincin, gambar throwback katanya!

.
Comel sekali!!!

Apabila dihubungi, Rahila menjelaskan bahawa mereka sebenarnya sudah bernikah pada awal Febuari tahun ini. Dan apabila situasi wabak Covid-19 sudah reda, insyaAllah mereka akan mengadakan majlis agar dapat menjemput semua kenalan mereka!

“Semua orang ada bajet kan, lagi-lagi dalam tengah-tengah Covid-19. Show dah kurang, so nikah dengan apa adanya lah,” tambah peserta Akademi Fantasia 2016 itu.


Ikuti kami di Telegram!


Menjawab tentang persoalan ‘hate comments’ yang diterimanya di socmed, Rahila berkata mungkin mereka kepo atau curious kerana Rahila bernikah senyap-senyap. Beliau juga menambah bahawa walaupun beliau seorang public figure, beliau berhak mempunyai private life! That’s true, sis!

Amboi… orang nak nikah senyap-senyap pun korang nak hate eh? Tiber!

Mujur Rahila seorang yang cekal, kebal dan senang menepis komen-komen negatif, “I can’t be bothered kind of person,” ujar peserta D’Academy Asia 3 itu.

Kami di Pengkritik Sandiwara mendoakan yang terbaik buat perkahwinan mereka berdua. Semoga masjid yang dibina sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah, amin!

.

Mereka suami isteri pernah rakam lagu bersama bertajuk Impian, bersama Safarul!

Bukan itu saja, lagu Demi Syurga juga kolaborasi pengantin baru ini.

Selain itu, Rahila juga ada perniagaan kecil-kecilan, Koko Chocs! Kalau tekak tu macam nak makan… order lah!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram Rahila Rashun)

6 comments

  1. She got married recently not on february . if you follow her ig you would know she nikah right after phase 2 .

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s