Fenomena gegar pentas Pesta Raya

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Terkinja-kinja satu dewan apabila akhirnya dapat menikmati suasana konsert di Esplanade tanpa jarak sosial.

Malam tadi, penonton disajikan dengan persembahan oleh tiga penyanyi setempat dalam Fenomena sempena Pesta Raya 2022 di Dewan Konsert Esplanade.

gambar amek sendiri punya, hak cipta terpelihara tiber

Sorakan gemuruh diberikan sebaik saja tiga penyanyi utama, Sufi Rashid, Hady Mirza dan Jatt Ali masing-masing membuat kemunculan di pentas, menandakan kerinduan peminat Singapura yang dah lama mengidam melihat penyanyi kegemaran mereka bernyanyi di depan mata secara langsung.

Lagu Kisah Dua Muka, Angkasa dan Penghibur dan Pemberitahu menjadi pembukaan oleh tiga artis setempat itu.

Suasana menjadi lebih hangat dan semakin rancak berdosa apabila artis jemputan dari seberang Tambak, Syamel mendendangkan Sambutlah Kasih bersama Sufi Rashid yang diiringi Moliano Rasmadi, gitaris Lovehunters. Sehinggakan dapat standing ovation!

gambar amek sendiri punya, hak cipta terpelihara tiber

Apabila artis jemputan yang ditunggu-ditunggu diumumkan, penonton menjerit macam tak ingat tuhan sejurus saja ibu baru itu berjalan ke tengah pentas. Walaupun Ernie Zakrie hanya menyanyikan sebuah lagu secara solo, whistlenya dalam Boneka saja cukup berbaloi untuk peminat Singapuranya.

gambar amek sendiri punya, hak cipta terpelihara tiber

Min fikir Hady Mirza akan nyanyi Ku Bersuara bersama Ernie sebab dia nyanyi lagu tu dalam Gegar Vaganza tapi tidak. 😦

Selain itu, Rahila Rashun juga berduet bersama Jatt Ali.

gambar amek sendiri punya, hak cipta terpelihara tiber

Apa yang membuat konsert ini mengasyikkan lagi adalah video-video yang dimainkan dari masa ke semasa. Ia agak mencuit hati, raw dan animasi yang ditambah membuatkan video itu lebih senang untuk ditonton!

Kehendak penonton dinyatakan apabila ketiga-tiga bintang utama menyanyikan lagi klasik lagi ikonik, Khayalan. Penonton dengan serta-merta berdiri dan keluarkan telefon bijak mereka untuk menyalakan lampu untuk memberi efek bintang berkerlipan di dewan Esplanade itu.

gambar amek sendiri punya, hak cipta terpelihara tiber

Apabila habisnya lagu Khayalan, Min rasa dengan secara spontannya, Jatt Ali memulakan lagu evergreen La Aube, membuat makcik dan pakcik menggerakkan bahu dan punggung mereka.

Sesungguhnya, penonton semua merindukan suasana sebegini! Nak konsert lagi pls!!!!

Anda juga boleh saksikan banyak lagi persembahan sempena Pesta Raya 2022 di Esplanade.

.

– Pengkritik Sandiwara

6 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s