Tahun depan bakal menjadi kali terakhir para penggemar konsert di Singapura dapat menikmati Konsert Galau yang dianjurkan oleh SAH Entertainment.
Hal ini dikongsi oleh penganjur konsert tempatan tersebut melalui media sosial mereka, sambil memberi bayangan tentang barisan penyanyi yang akan memeriahkan pentas Konsert Galau 2025.

Menerusi siaran terbaru mereka, kapsyen di Instagram sedikit sebanyak mendedahkan artis yang bakal beraksi di Arena @ EXPO. Ini kerana lirik lagu mereka turut dipetik dalam kapsyen tersebut!
Rata-rata warganet membuat tekaan bahawa artis seperti Rossa, Ungu, Exists, Fabio Asher, dan Nidji akan tampil.
Ternyata, tekaan warganet tidak meleset. Nidji disahkan sebagai salah satu artis yang akan membuat kemunculan, seperti yang dinyatakan di Instagram mereka beberapa minit lalu.
Ada juga desas-desus bahawa ramai peminat berharap vokalis Nidji tampil tanpa baju ketika persembahan mereka nanti.
Diberi judul Konsert Galau: The Finale, ini merupakan kali kedua dan terakhir pesta konsert yang menggabungkan artis Nusantara akan diadakan.
Tahun lalu, SAH Entertainment berjaya membawa Taufik Batisah, Setia Band, Insomniacks, ST12, D’Masiv, Sufi Rashid, Kangen Band, Cakra Khan, Judika, serta NOAH ke pentas Konsert Galau.
Untuk edisi kedua ini, konsert akan diadakan pada 22 Februari 2025 di Arena @ EXPO, dan tiket akan mula dijual pada 22 Oktober nanti.



[…] Fabio Asher telah diumumkan sebagai sebahagian daripada barisan artis kedua bagi konsert berskala besar anjuran SAH Entertainment, iaitu Konsert Galau: The Finale. […]
LikeLike
[…] warganet tepat dalam meneka artis-artis yang akan tampil di Konsert Galau The Finale. Setakat ini, Nidji, Fabio Asher, dan Exists telah disahkan sebagai sebahagian daripada barisan muzik hebat […]
LikeLike
[…] Tercipta Untukku dan banyak lagi, Ungu disahkan sebagai barisan penyanyi ke-4 untuk menyertai Nidji, Exists dan juga Fabio Asher Februari depan di Arena @ […]
LikeLike
[…] warganet memang spot on kali ini. Ramai yang sudah meneka kehadiran artis-artis hebat seperti Nidji, Exists, Fabio Asher, Ungu, dan kini […]
LikeLike