SAH Entertainment akan anjur Konsert Galau terakhir

Tahun depan bakal menjadi kali terakhir para penggemar konsert di Singapura dapat menikmati Konsert Galau yang dianjurkan oleh SAH Entertainment.

Hal ini dikongsi oleh penganjur konsert tempatan tersebut melalui media sosial mereka, sambil memberi bayangan tentang barisan penyanyi yang akan memeriahkan pentas Konsert Galau 2025.

Pembayang barisan artis tersembunyi di kaspyen

Menerusi siaran terbaru mereka, kapsyen di Instagram sedikit sebanyak mendedahkan artis yang bakal beraksi di Arena @ EXPO. Ini kerana lirik lagu mereka turut dipetik dalam kapsyen tersebut!

Rata-rata warganet membuat tekaan bahawa artis seperti Rossa, Ungu, Exists, Fabio Asher, dan Nidji akan tampil.

Ternyata, tekaan warganet tidak meleset. Nidji disahkan sebagai salah satu artis yang akan membuat kemunculan, seperti yang dinyatakan di Instagram mereka beberapa minit lalu.

Kumpulan Nidji yang popular dengan lagu Hapus Aku akan beraksi di Konsert Galau

Ada juga desas-desus bahawa ramai peminat berharap vokalis Nidji tampil tanpa baju ketika persembahan mereka nanti.

Diberi judul Konsert Galau: The Finale, ini merupakan kali kedua dan terakhir pesta konsert yang menggabungkan artis Nusantara akan diadakan.

Pengumuman Konsert Galau terakhir

Tahun lalu, SAH Entertainment berjaya membawa Taufik Batisah, Setia Band, Insomniacks, ST12, D’Masiv, Sufi Rashid, Kangen Band, Cakra Khan, Judika, serta NOAH ke pentas Konsert Galau.

Untuk edisi kedua ini, konsert akan diadakan pada 22 Februari 2025 di Arena @ EXPO, dan tiket akan mula dijual pada 22 Oktober nanti.

4 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Fabio Asher turut hiasi pentas Konsert Galau di Expo tahun depan – Pengkritik Sandiwara Batal balasan