Filem kerjasama Singapura dan Malaysia, Magik Rompak, akan ditayangkan di pawagam Singapura mulai 11 September ini.
Pelakon Singapura, Tay Ping Hui, membintangi filem penuh magis ini sambil diiringi pelakon hebat daripada Malaysia seperti Zul Arrifin, Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Nadhir Nasar dan Fabian Loo.
Filem arahan Adrian Teh ini mengisahkan seorang bekas ahli silap mata, Hadi, yang bercadang untuk mencuri rantai yang bernilai jutaan dolar. Hadi mencari geng untuk melakukan projek atau heist ini bersama, tapi alangkah terkejutnya apabila terdapat pengkhianat dalam kumpulan yang baru ditubuhkannya ini.
Menurut artikel Variety, Magik Rompak diterbitkan bersama ACT 2 Pictures (Malaysia) dan Clover Films (Singapura).
Pengarah filem ini, juga pengarah filem-filem blokbuster hebat. Antaranya adalah “Malbatt,” “Paskal,” “Wira” dan “The Assistant”
Ramai warganet membuat spekulasi bahawa filem ini ada persamaan dengan filem Hollywood popular iaitu Now You See Me. Filem yang mempunai premis yang seakan juga. Kita lihat sajalah nanti…
Setakat ini, hanya pawagam Golden Village yang menunjukkan maklumat Magik Rompak di lelamannya.

[…] saya keluar panggung semasa filem dimainkan tapi begitulah keadaannya semalam apabila saya menonton Magik Rompak di pawagam Golden […]
LikeLike