Bonda Bedah & Mak Temah dah ada podcast!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Terlahirnya lagi satu saluran podcast baru ke dunia hiburan Melayu setempat semalam. Pasangan drag terkenal dan tak asing lagi, Bonda Bedah & Mak Temah, or rather Hafidz Rahman dan Zuhairi Idris kini sudah mempunyai saluran podcast tersendiri.

.

Dalam episod perkenalan mereka, mereka bincangkan mengapa mereka akhirnya terbitkan podcast. Kededua ahli Lepak One Korner ini akui bahawa peminat mereka telah meminta-minta siri podcast daripada mereka. Oleh kerana Covid-19 melanda, ia amat sukar untuk mereka merakam video, apatah lagi harus mematuhi jarak selamat 1 meter dan sebagainya. Mereka mengambil peluang ini untuk membuka saluran podcast mereka agar dapat terus menghiburkan peminat Lepak One Korner!

.

Sesi perbualan selama hampir 30 minit itu juga mengongsi bagaimana Lepak One Korner bermula, dari zaman SGAG lagi, serta isu-isu yang akan mereka sajikan kepada pendengar di podcast ini. Yang penting, topik yang mereka akan ketengahkan adalah topik hangat dalam masyarakat Melayu! Wow! Mereka akan push the envelope tapi envelope ini adalah envelope ‘sampul Raya’. Apa yang saya boleh fahamkan daripada kekata ini adalah mereka akan challenge the status quo tapi tidak akan melampaui batas. Gitew!

Kepada peminat Lepak One Korner, sekarang korang boleh dengar podcast mereka setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Fun fact: podcast mereka dirakam di rumah Hafidz! Mereka juga akan mengehadkan masa podcast mereka kepada setengah jam saja.

Jangan lupa follow mereka di Spotify/Apple Podcast ok? Semoga mereka sukses selalu! Podcast mereka juga boleh didapati di YouTube.

.

Jadi kepada korang yang lebih selesa untuk guna YouTube or whateva, korang takde alasan untuk tidak dengar podcast mereka!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Facebook Lepak One Korner)

Update!

.
Podcast mereka kini menduduki tangga ke-5 di carta podcast di Spotify, tahniah!

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Bonda Bedah & Mak Temah buat aduan polis dek akaun Fesbuk palsu – Pengkritik Sandiwara Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s