Acara seni tahunan anjuran Esplanade, Pesta Raya, bakal kembali untuk edisi ke-24 dari 1 hingga 4 Mei 2025, menjanjikan pelbagai persembahan yang meriah dan menghiburkan!
Tahun ini, pesta yang meraikan budaya dan seni Melayu itu bakal menampilkan pelbagai persembahan menarik yang sesuai untuk semua peringkat usia. Dari irama muzik moden hingga alunan klasik, serta pementasan teater yang mengujakan—ada sesuatu untuk setiap pencinta seni!
Berikut antara persembahan yang bakal memeriahkan Pesta Raya 2025 di Esplanade:
Salina oleh Teater Kami

Bila: 2 – 4 Mei 2025
Mana: Teater Dermaga Singtel di Esplanade
Siapa: Ariati Tyeb Papar, Fir Rahman, Rizal Aiman, Amirah Yahya, Suhaila M Sanif, Rusydina Afiqah, dan Rafaat Hj. Hamzah
Harga: Dari $45
My Name is (NOT) Khan

Bila: 1 – 4 Mei 2025
Mana: Studio Recital Esplanade
Siapa: Hafidz Rahman
Harga: Dari $32
Noh Salleh

Bila: 2 Mei 2025
Mana: Studio Annexe Esplanade
Siapa: Noh Salleh
Harga: Dari $32
KEMASKINI: Tarikh kedua ditambah – 1 Mei
Pamungkas

Bila: 3 Mei 2025
Mana: Studio Annexe Esplanade
Siapa: Pamungkas
Harga: Dari $32
Jarum Dalam Jerami

Bila: 2 & 3 Mei 2025
Mana: Studio Teater Esplanade
Siapa: Hartati
Harga: Dari $28
G-Town (DIBATALKAN)
![May be an illustration of text that says "Pesta Raya Malay Festival of Arts SA ខ្ម G-TOWNOPEN HOUSE 4 MAY 2025, SUN, 7PM ESPLANADE ANNEXE STUDIO Maggot [Kribo Kr Records] AisyahAziz Rep Reptil ReptileSkin Business Accompanied Bobby Joe Mood Scent by House G Town Gonjel Sappy Chill Tengy Mars Mediocre Funk Band arty: HZQ auxe ircutCrew Artwor se:Boonbake Alot1"](https://scontent.fsin15-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/483552340_1167961822005596_7168542740196460047_n.jpg?_nc_cat=100&ccb=1-7&_nc_sid=127cfc&_nc_ohc=NMXNmTM4s34Q7kNvgG2vCUP&_nc_oc=AdgHk06N0oxMrBUKEcGY0FASbwX4oh_0SAQdTlOyoG4o7xVSr6bOcHxF8e1gnbwn07c&_nc_zt=23&_nc_ht=scontent.fsin15-2.fna&_nc_gid=CAYsha9j4kzSuIVHrEJ1OA&oh=00_AYH0ZoAqOhjh9iMq-AYy3KMRL7UEhcauW-DPY4WnMHMXvw&oe=67DDFB0B)
Bila: 4 Mei 2025
Mana: Studio Annexe Esplanade
Siapa: Maggot (Kribo Records), Aisyah Aziz, Bobby Joe, Sappy Chill, Tengy, Fauxe Reptile Skin Business Club, Abangsapau, Fariz Jabba, Mars B, Mediocre Haircut Crew diiringi oleh G-Town Satellite Funk Band
Harga: Dari $32
Dari Sudut Hati, Habsah Hassan

Bila: 2 Mei 2025
Mana: Dewan Konsert Esplanade
Siapa: Habsah Hassan, Salamiah Hassan, Dato’ Jamal Abdillah, Rahimah Rahim, Sufie Rashid, Rahilah Rashun, Arish, GTS, Orkestra Tradisional Malaysia – Sounds of Malaysia
Harga: Dari $24
Nusantara di Pinggan: Membentang Budaya Nasi Ulam (Demo)

Bila: 3 Mei 2025
Mana: Ruang Putih Esplanade
Siapa: Kebon Dapor, Dapur Cahaya
Harga: $20
Bengkel Ibu Bapa-Anak: Silat untuk Rakyat
Bila: 4 Mei 2025
Mana: Studio Latihan Esplanade
Siapa: Silat World
Harga: Dari $30
Tiket bagi acara-acara ini akan mula dijual pada 18 Mac, 3 petang.
Untuk maklumat lanjut, lungsuri Facebook Pesta Raya atau lungsuri lelaman rasmi mereka.
Sekiranya anda ahli Esplanade&Me, anda dapat harga istimewa bagi hampir semua persembahan! Syarat & terma dikenakan.

[…] awalnya, saya agak keliru apabila persembahan My Name is (NOT) Khan membuka tirai dengan kisah rakan Hafidz Rahman — seorang wanita India — yang mengalami krisis […]
LikeLike