Nurul Aini sertai bantahan di London

Saya ingin sertai kerana di Singapura (bantahan) tidak dibenarkan

Nurul Aini

Meskipun sedang bercuti, ini tidak menghambat Nurul Aini untuk menggunakan suaranya untuk saudara di Palestin.

Personaliti TV itu baru-baru ini melibatkan diri dalam bantahan (protest) yang memperjuangkan hak Palestin.

Menurut pengacara popular itu, memang beliau ingin sertai bantahan di London dan nyaris-nyaris terlepas kerana telah menempah sebuah muzikal pada masa yang sama. Mujur, beliau dapat menukar sesi masa muzikal pada saat terakhir.

Tambahnya lagi, suasana semasa bantahan amat menakjubkan, di mana semua orang pelbagai umur, bangsa bersatu.

Selain itu, Nurul Aini juga diwawancara:

Mewakili rakyat Singapura yang berada dalam solidariti, pelakon itu mengongsi bahawa sekadar bantuan tidak cukup. Gencatan senjata (ceasefire) harus dilakukan serta-merta.

Nurul Aini bukanlah satu-satunya selebriti yang langkah kanan dan dapat melibatkan diri dalam bantahan pro-Palestine di luar negara, pempengaruh Camira Asrori juga melakukan perkara yang sama baru-baru ini.

Camira menyertai bantahan anti-Israel apabila dirinya berada di Tokyo, Jepun November lalu.

Beliau juga menggesa orang ramai agar jangan henti menyiar, jangan henti hadir, jangan henti memboikot, jangan henti sehingga Palestine bebas.

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan Jawapan kepada “Alhamdulillah for everything” – Nurul Aini – Pengkritik Sandiwara Batal balasan