A Night With Aina Abdul 3.0 singgah Singapura

Di penghujung konsert A Night With Aina Abdul 3.0, Aina Abdul sendiri mendedahkan bahawa ANWAA3.0 akan ke Temasek.

Menurutnya, ini adalah pengumuman eksklusif khas buat peminat Aina atau Ainations yang telah hadir di konsertnya di Axiata Arena malam semalam (18 November).

Konsert sulungnya di Singapura akan berlangsung di Mediacorp Theatre pada 6 Januari kelak. Dengan ini, beliau menepati janji yang telah dikongsi semenjak tahun lepas lagi.

Hmm… fanbase Aina kat Singapura ni besar ke? Boleh tak dia jual tiket? Tempat tu dah lah boleh tahan besar.

Kalau tempat kecik sikit macam Capitol mungkin ok lagi kot? Shila Amzah, Fourtwnty dan Yuna pernah perform situ!

Kita doakan yang terbaik lah eh?

Sebelum ini, Aina pernah ke Singapura sebagai penyanyi undangan bagi konsert band Ungu pada 2022.

Malam semalam, konsert berskala besar itu menyaksikan Aina membawa lebih 30 buah lagu, termasuk genre Irama Malaysia dan juga beberapa lagu baru daripada album barunya, Imaji.

Lah Ahmad, Khai Bahar dan Haziq Rosebi turut menyerikan konsert ANWAA3.0. Amboi Aina, semua jantan ye!

Nantikan ulasan penuh ANWAA3.0 tak lama lagi!

Ok, cepat spill harga tiket ANWAA3.0 Singapore pulak!

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Ernie Zakri artis jemputan konsert Aina Abdul di SG – Pengkritik Sandiwara Batal balasan