Aliff Aziz bawa skandal ke pentas Gegar Vaganza?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Lagu Pesan Cinta yang dipopularkan Afgan dinyanyikan Aliff Aziz minggu ini dalam musim ke-8 Gegar Vaganza.

Mujurlah, Aliff kekal di tangga ke-2 pada minggu ke-7 yang bertemakan Kelentang-Kelentong. Mungkin inilah rezeki Aliff sebab isterinya, Bella Astilah yang menjadi penari back-up?

Terkejut Min, fikir ade skandal baru di pentas! Begitu mesra Aliff dengan penari back-up, bila bukak mask, ternyata isteri tersayang rupanya!

gambar: Gempak.com

Bandi Amuk yang menyanyikan lagu I Want To Break Free terkecundang minggu ini. Nikki dan Suki turut berada di tangga top 3 bersama Aliff Aziz.

Minggu depan, Aliff akan menyanyikan lagu Rapuh oleh Nastia sempena tema “Ku Petik Bintang-bintang” di mana lagu-lagu dipilih berdasarkan lagu OST filem dan drama atau lagu bahasa serta loghat lain.

Persembahan minggu ini begitu menarik sekali kerana juri tetap Hetty Koes Endang naik pentas menyanyi uolls.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Astro Gempak)

5 comments

Tinggalkan komen