Danny The Series

Salam 2k16, wahai pembaca setiaku! Tahun baru, drama baru la apa lagi! Tapi ni bukan drama baru pun. Drama ini ditayangkan pada tahun 2014 hahaha.

Drama yang saya maksudkan adalah Danny: Semuanya Sudah Tertulis. Sebenarnya drama bersiri ini merupakan susulan telemovie khas hari raya pada tahun 2013. Whaaaat?

danny theseries

Ada beberapa sebab mengapa saya tidak menonton rancangan ini apabila ia ditayangkan. Saya rasa sebab saya sibuk dengan kerja. Tambahan pula, saya tak suka Sharnaaz Ahmad (dahulunya) sebab dia dera Shila Amzah! You know I’m a feminist right? Saya tidak menonton telemovienya kerana waktu itu saya sedang memerah otak untuk menghafal formula matematik dan reaksi bahan kimia serta teori ekonomiks buat peperiksaan peringkat ‘A’ saya.

Secara jujur, saya menyesal tidak menonton drama ini kerana ia amat bagus sekali dan menusuk kalbu!!! Ia bukan seperti drama merepek yang di Suria sekarang! Patutlah Sharnaaz dan Elfaeza Ul Haq  menang pelakon terbaik dalam Pesta Perdana eh!!!


 

IMG_7357 - Copy

Ok lah, I bagi sedikit sinopsis ye.

Drama ini merupakan kesinambungan telemovie khas bertajuk Cinta Ramadan. Ramadan (ataupun Danny) adalah seorang anak muda yang amat wild. Apabila terjumpa seorang gadis, dia mula berubah ke arah yang benar. Tapi minah tu mati sebab sakit jantung. So sekarang dia agak frust. Itu kisah telemovie sahaja. Kini, beliau keseorangan tanpa kekasih. Dia ingin melanjutkan pengajian Mastersnya. Di situ, dia terjumpa seorang gadis bernama Sarah (Nadiah M Din) yang mengingatkan dia mengenai arwah kekasihnya itu. Mereka pun jatuh cinta. Pada masa yang sama, dia berbisnes dengan seorang rakan lama, Husni. Husni mengajaknya ke birthday party anaknya yang ke 8. Apabila Danny di rumah Husni, dia ternampak Liana, isteri Husni. Dahulunya, Danny telah mencabuli kehormatan Liana. Anak Liana dan Husni sebenarnya anak kandung Liana bersama Danny!! Anak mereka, Aneesah merupakan seorang anak istimewa; autistik.

Aneesah yang tidak mudah bermesra dengan orang, tiba-tiba bermesra dengan Danny dengan memanggilnya “daddy”. Lambat laun, Husni mendapat tahu perkara sebenar dan ingin berdepan dengan Danny. Namun dilanggar kereta dan mampui. Di situlah bermula kesulitan dalam drama ini. Danny mahu meluangkan masa bersama Aneesah namun amat mencintakan Sarah. Sarah nampaknya tidak serasi dengan Aneesah. Setelah dinasihati bapanya, Sarah membiarkan Danny mengejarkan cintanya yang tertangguh itu. Danny pun ke Hong Kong untuk mencari Aneesah dan meluahkan isi hatinya kepada Liana.


 

IMG_7367IMG_7382

Ramadan/Danny: watak utama

  • anak tunggal
  • dahulunya amat berdosa dan berzina tiap hari
  • mempunyai bisnes sendiri
  • sedang ambil masters
  • menolak tawaran Jufri sebagai pelabur/untuk melabur
  • kekasih Sarah
  • perhubungan yang tidak stabil dengan Sarah
  • rakan baik Husni di sekolah dahulu
  • dia yang asal boleh mengisytiharkan bahawa Husni mati apabila Husni dilanggar kereta? Macam la dia ni ada kelulusan kedoktoran wtf
  • bapa kandung Aneesah
  • ingin menebus kesalahan dahulu dengan memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa
  • mempunyai satu malam bertegak (sila ke lelaman Glosari saya untuk mencari erti istilah itu) bersama Liana (tak pakai kondom) 8 tahun yang lalu
  • dia waktu tu mabuk, Liana pula kena spike
  • kini amat alim
  • rasa serba salah kerana tidak tahu nak pilih antara Sarah atau Liana
  • sembahyang hajat untuk mencari jawapan
  • amat tidak suka Jufri (bekas rakan/rakan bisnes)
  • selamatkan Sarah daripada dirogol Jufri
  • ke Hong Kong untuk mencari Liana dan Aneesah tapi tak jumpa
  • padahal memang terang-terang kat OCEAN PARK LAH NGOK

IMG_7370IMG_7287

Liana: isteri Husni, ibu Aneesah

  • disuruh bernikah dengan Husni pada umur 18/19
  • tidak disentuh suaminya setelah suaminya mendapat tahu bahawa dia mengandung anak luar nikah
  • hidup sebagai hamba abdi kerana suaminya menganggapnya sebagai seorang hamba
  • seorang yang sabar
  • mencari Danny setelah mendapat tahu dia hamil tapi Danny masa tu wild so dia buat bodoh
  • dipanggil dengan nama manja “Lia” oleh Danny seorang
  • kerja di masjid
  • sayangkan anaknya
  • tidak dibelai suami
  • tidak cintakan suami?
  • tidak mahu bercinta dengan Danny setelah peninggalan Husni
  • berjani pada Sarah bahawa dia tidak akan ada perasaan terhadap Danny
  • rela Danny ambil tanggungjawab sebagai seorang bapa
  • ikut rakannya, Nadia, ke Hong Kong untuk membina hidup baharu
  • masih merindui Danny tapi tidak mengaku
  • rasa bersalah kerana menjauhkan Aneesah daripada bapa kandungnya
  • berjumpa Danny di Ocean Park dan cinta mula berputik

IMG_7372IMG_7359

Sarah: kekasih Danny

  • rakan sekursus Danny
  • mula jatuh cinta dengan Danny apabila mereka dalam satu kumpulan bagi sebuah projek sekolah
  • tahu akan kisah silam Danny dan mahu menjadi kekasih terbaik untuk Danny
  • mempunyai bisnes (milik bapanya)
  • bisnes mula lingkup
  • asyik tertanya jika Danny benar-benar cintakan beliau
  • cemburu dengan Liana tanpa mengenali siapa Liana
  • selalu pakai baju lawa
  • salam dan cium tangan Danny
  • menerima Jufri sebagai pelabur kerana ditipu
  • cuba mengenali Aneesah namun tak berjaya
  • hampir dirogol Jufri
  • diselamatkan oleh Danny
  • dinasihati bapanya untuk melepaskan Danny agar dapat lihat Danny bahagia
  • memutus hubungan dengan Danny secara matang dan damai
  • hati remuk kerana Danny cinta pertamanya
  • kini Sarah pasrah… DENGAN SEGALANYA

IMG_7305

Husni: suami Liana, rakan Danny, Pak Sanggup

  • rakan bisnes Danny
  • suami Liana
  • dianggap sebagai ustaz oleh rakan-rakan kerana warak
  • warak di luar rumah aja, dalam rumah wreck
  • amat benci Liana kerana Liana tidak beritahu hal kandungannya sebelum nikah
  • Pak Sanggup
  • bernikah dengan Liana sekali lagi setelah Liana melahirkan Aneesah agar ia perkahwinan halal
  • berjanji tidak akan menyentuh Liana selagi Liana memberitahu siapakah bapa kandung Aneesah
  • anggap Liana sebagai hamba, suruh bukak tali kasut semua
  • bayar yuran uni Liana
  • kongkong Liana
  • amat sayang Aneesah kerana Aneesah tidak berdosa
  • mengajak Danny ke birthday Aneesah
  • haha padahal dia yang temukan Liana dan Danny balik
  • mendapat tahu bahawa Danny bapa kandung Aneesah
  • terlalu ikutkan amarah, ingin berdepan dengan Danny
  • tak toleh kanan kiri dan terlanggar kereta
  • padahal langgar sikit je dah mati
  • SI DANNY LA TAK BUAT CPR ABEH TERUS TUTUP MATA DIA??
  • tak check pulse pun wtf???

IMG_7358 - Copy

Aneesah: anak kepada Liana dan Danny

  • autistik
  • tidak senang bersama orang tidak dikenali
  • tapi cepat mesra dengan Danny
  • DOLPHIN DOLPHIN DOLPHIN DOLPHIN DOLPHIN DOLPHIN DOLPHIN DOLPHIN

dolphin3

IMG_7384

Ibu dan bapa Danny:

  • ibu terjumpa gambar scan bayi di bilik Danny, belakang tertulis “yours
  • ibu bertanyalah, kerana dahulu Danny havoc
  • Danny kata takde pape tapi nobody can lie to mother
  • mereka kenal Liana kerana Liana selalu ajar kursus umrah di masjid
  • apabila Danny hantar mereka di lapangan terbang, Danny terjumpa Liana lagi
  • pada waktu itu, bapanya tahu bahawa Aneesah anak Danny
  • bapa Danny meninggal setelah solat subuh ni hotel semasa menunaikan umrah
  • ibu tidak dapat menerima hakikat
  • bapanya sempat rakam video
  • dalam video tersebut beliau beri pesanan untuk Danny untuk sedar kesilapan lalu untuk menjadi insan yang baik

IMG_7286

Jufri: iblis

  • dahulu rakan baik Danny
  • tapi dia belum tobat
  • hampir jadi muflis kerana syarikat Danny menyamannya
  • cuba mendekati Sarah
  • menipu syarikat Sarah dengan membuka lelaman/profil palsu
  • bapa Sarah amat memerlukan pelabur aka si Jupri ni
  • suka spike minuman orang
  • dia lah pemangkin di mana Husni dan Liana bersetubuh!!!
  • hampir rogol Sarah setelah menandatangani janjian pelaburan
  • akhirnya diberkas polis
  • EH DIA TAKDE AIDS KE SELALU ROGOL ORANG!!!!
  • memanggil dirinya “abang” apabila dia horny eew

IMG_7369

Nadia: rakan baik Liana

  • dialah yang bawa Liana ke party freshman di mana Danny dan Liana bersetubuh!
  • tapi dia tak bersalah haha dia cuma ajak makan-makan bukan main-main
  • berdepan dengan Danny untuk memikul tanggungjawab “INI ANAK KAU BODO”
  • kini bermastautin di Hong Kong
  • mengajak Liana ke HK setelah pemergian Husni
  • tak percaya Danny dah berubah
  • tahu akan perasaan Liana yang masih terhegeh-hegeh pat Danny
  • nobody can lie to their bffs

IMG_7380

Mano:

  • rakan bisnes seperjuangan Danny
  • tempat mengadu Danny
  • dialah yang menyentakkan Danny agar Danny pergi cari Liana di HK

IMG_7386

Bapa Sarah:

  • tak payah nak tunjuk muka sebab dia ni Rafi Khan (or apa entah nama dia) asyik main watak bapa orang kaya haha
  • DIA LAH YANG YE-YE-OH SANGAT NAK JUPRI JADI PELABUR
  • padahal Sarah dah kata Jufri tu pelik
  • tak cross reference ke??
  • dia la sebab kenapa anaknya hampir dirogol!!
  • menasihati anaknya hal cinta
  • saya nangis di babak ini!

IMG_7366

Ibu dan bapa Liana:

  • sayang akan anak tunggal mereka
  • menyuruh anak mereka kahwin Husni sebab Husni baik dan sudah beli banglo??
  • padahal anak kau baru habis JC…
  • gila eh?
  • mendapat tahu bahawa Liana hamil
  • gila haha
  • bapanya suruh cari bapa anak tersebut
  • memaksa Liana kahwin Husni dan rahsiakan kandungan Liana itu
  • dimarahi Husni setelah Husni dapat tahu perkara sebenar
  • Husni malu jadi Pak Sanggup dan sebagai balasan mereka tidak dapat cucu “halal”
  • meninggal entah kenapa. Muda sak

IMG_7285

Doktor WORLD:

  • meletakkan stethescope DALAM collar????
  • mendengar paru-paru bapa Danny dan kata ada VIRUS
  • wow ni doktor ke profesor? Doktor kat A&E pun agaknya kenek buat blood test, x-ray sebelum mengesahkan ada wabak ke apa
  • muka macam penagih dadah
  • saya rasa dia makan ubat yang dah expired sebab takde orang nak pergi klinik dia
  • dia pakai jeans hahahha

 

Secara keseluruhan, drama ini amatlah bagus sekali. Saya bagi 5/5 bintang kerelevanan.

IMG_7356 - Copy

Saya benar-benar menyesal tidak menonton drama ini apabila ia ditayangkan! Saya suka akan monolog watak-watak di permulaan dan akhir setiap episod. Kita boleh dengar luahan hati watak-watak yang mempertikaikan persoalan-persoalan dan mengajak para penonton untuk berfikir bersama. Setiap episod ada isu/persoalan sendiri tau!

 

  1. Reflections
  2. Promises
  3. Too Early, Too Late
  4. In Front of My Eyes
  5. Lost
  6. Guilty Conscience
  7. Last
  8. Everything Has Been Written

Ia bukan sekadar drama semata-mata untuk menghiburkan penonton, malah saya rasa ia boleh dibuat bahan sastera! Ini kerana banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada drama ini. Seperti isu cinta, taubat, masa silam, tanggungjawab, jodoh, takdir, pengorbanan dll.

IMG_7360

Watak dan perwatakan juga agak konsisten ya. Kita diberitahu mengapa watak itu berkelakuan sebegitu dan apa yang menyebabkan mereka membuat apa yang mereka buat. Saya suka. Plot yang menarik dan kita juga dapat lihat watak itu membesar dan interaksi antara watak juga amat berkesan! Lakonan mereka semua ada mutu ah beb.

Saya nangis pada episod akhir sebab terlalu sedih!! Hati saya remukkkkk. Skrip yang ditulis amatlah teliti dan bermakna sekali. Hanya dengan satu baris boleh buat saya menangis! Semoga Suria dapat buat drama macam ni lagi eh!

IMG_7389

Yay happy ending!

Cuma saya tak suka… Kenapa Danny konfiden eh si Husni dah mati apabila dilanggar kereta? Dia secara senyap nak Husni mati ke? Sengaja tak buat CPR jadi dia boleh ambil kesempatan terhadap Liana setelah Husni meninggal? Kenapa bapa Sarah tak selidik hal Jufri betul-betul? Merepek eh. Jufri tu asyik spike perempuan dan nodai mereka, dia tak dapat aids ke? Selama 8 tahun dia tak ditangkap polis sebab ada bahan haram tu? Danny memang biasa tak pakai kondom ke bila main pompan? Yuck… Dan kenapa ada banyak skrip bahasa Inggeris? Aku dengar si Sharnaaz berbual… Mesyo betul hahaha! Best letak watak Nadiah M. Din bernama Sarah dan watak Sarah Aqilah nama Nadia? Dah lama buat gitu? Si Sarah salam cium tangan Danny tetap haram kan? So motif apa?

dannymasters
banyaknya anak muda amek masters bisnes lol

 

Saya pasti akan menonton drama ini sekali lagi di Toggle! Ikuti saya di Twitter dan juga Fesbuk!

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

#DannyTheSeries

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s