Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang ramai sekali! Seramai barisan pelakon yang melibatkan diri mereka dalam telemovie khas akhir tahun! Tajuk telemovie tersebut ialah… 31 DISEMBER!
Wow, sungguh kreatif ya.
Kenapalah ada banyak sangat pelakon ni? Padahal kameo je seh tu pun diorang nak eksyen hahaha. Buat susah je bayar selebriti ni sedangkan boleh bayar calefare buat. Lantak la eh. Kita lihat sama ada para pelakon yang banyak ni akan membuat telemovie ini seperti Bad Blood atau Bitch, I’m Madonna!
vs
31 Disember ni sebuah cerita tentang individu-individu yang ada matlamat/deadline/peristiwa penting pada tarikh tersebut. Secara kebetulan, individu-individu ni semua mengenali antara satu sama lain lah, tu pasal diorang semua dalam satu telemovie. Berkaitan la konon.
Tanpa membuang masa, jom kita lihat apa yang berlaku dalam telemovie terakhir tahun 2015 di Suria!
Ini Hizar, dia penghibur jalanan. Si Amanda (Nurul Aini) dah terlanggar dia sebab dia kelam-kabut. Abeh si Zar ni bersajak pulak. Hais.
Amanda sempat beritahu Hizar bahawa dia sebenarnya suka mendengar nyanyian si Hizar.
Si Amanda ni masih ah nak langgar barang?? Dia langgar sebuah beg yang mengandungi kamera mahal milik Azmi (dimainkan oleh Abang Aaron Aziz kita). Azmi pun marah sikit haha.
Ini Hakim. Bapanya, Farid bekerja di China. Bapanya telah berjanji untuk pulang ke Singapura untuk menyambut hari jadi Hakim pada 31 Disember dan menonton persembahan Hakim.
Bekas isterinya, Seri, agak marah kerana Farid selalu mungkir janji! Dia tanak hati anak mereka dikecewakan pada hari jadinya!
Amanda ni sebenarnya seorang Andartu. Dia punya dates semua tak jadi dan dia tak suka apabila makcik-makcik asyik tanya pasal kahwin. Dia ingin cepat-cepat kahwin/cari pasangan sebab dia hidup sebatang kera. Dia ada lagi satu minggu untuk mencari date sebelum deadlinenya iaitu 31 Disember. Kalau tak, dia Andartu 5eva.
Eh eh Zack dah kenek tangkap ke sebab dialah pembunuh anak dia dalam drama P.I.Z? LOL. Ini Nik dan Zam. Nik ni samseng habis eh? Saya suka watak Nik haha. Si Zam pula bakal dibebaskan beberapa hari lagi! Nik pun macam sedih lah tapi tak tunjukkan.
Ini ibu bapa Zar. Bisnes bapa Zar tidak begitu rancak seperti dahulu. Dia amat inginkan Zar untuk berbisnes dengannya. Namun apakan daya, Zar ingin menjadi ahli muzik.
Mereka pun terkenang akan arwah anak mereka, Rita, yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Rita dahulunya menolong bapanya dalam perniagaan bisnes ni semua.
Si minah tu sebenarnya seorang wartawan ke? Nak interviu orang awam pasal azam tahun baru. Amanda pun cuba mengurat lah dengan Abang Amri. Azam dia nak cari pasangan hidup sebelum hari jadinya iaitu 31 Disember.
Bapa Zar ke tempat Zar bermain muzik untuk menjemputnya balik dan berbisnes bersamanya. Dengan kelulusan ijazahnya, Zar mampu melonjakkan balik bisnes bapanya itu. Tapi Zar tetap ingin bermain muzik. Bapanya pun memesannya akan janji mereka. Iaitu jika Zar tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana syarikat muzik pada 31 Disember, Zar akan berbisnes dengan bapanya.
Si Farid tak jadi balik ke Singapura sebab bosnya dah batal cutinya kerana seorang rakan kerja harus menjaga bapanya yang tenat. Kasihan.
Dalam penjara pun main baju kah? Padahal semua baju sama haha. Entah kenapa mereka gaduh eh.
Azam dicampakkan ke dinding dan kepalanya berdarah. Tapi si Nik ni ditikam dan mati siol!!! Dalam penjara pun ada pisau/benda tajam??? Patutlah Mas Selamat boleh keluar eh. Kawalan tak ketat.
Hhahaha makcik kepo tanya Amanda dah kahwin belum. Amanda pun kata ini semua ketentuan Ilahi.
Amanda suka eh langgar orang/benda?? Ni dia terlanggar Abang Azmi semasa dia sedang memtik gambar pengantin. Unsur kebetulan 100.
Sebelum dibebaskan, polis tanya soalan am. Tanya jika dia dah menyesal ke apa la. Azam pun berfalsafah la kata dia akan mula menyesal bila dibebaskan apa entah.
Polis dua kat belakang macam malas nak kerja.
Farid memberitahu anaknya bahawa dia tidak dapat pulang akibat kerja. Anak dia pun berteriak dan merajuk la.
Mereka pun berkenalan. Menyampah tanak salam konon ada wudhu la. Ini sesi menguratz ni.
Amanda ternampak Azmi bersama seorang budak kecil dan seorang wanita yang salam dia abeh Amanda cemburu? Huh? Dia tak tanya si wanita tu hubungan apa dengan Azmi dah cemburu? Kan Azmi dah bilang dia single!!!
Seri cuba memujuk anaknya dan meyakinkan Hakim bahawa bapanya masih sayangkannya.
Abang Azmi ke tempat Zar berbusking untuk mencari Amanda kerana Amanda sering ke sana. Dia tanya jika Amanda dengan Zar ada apa-apa tak. Si Amanda pula tanya mana isteri dan anaknya.
???? Amanda ni asal boleh tembak je eh?
Si Azam ni dahulunya melanggar seseorang dan orang tersebut meninggal. Kemalangan itu berlaku pada 31 Disember. Eh langgar sampai mati hukumannya 3 tahun je? Kini dia dah berubah, nak tebus kesalahan.
(Saya difahamkan bahawa batu nisan itu batu nisan lelaki, betul ke? Bab-bab ni saya kurang pasti, kalau ye… WHUT. Dia terlanggar pompan sak)
Ha kau. Ni baru dikatakan drink driving sak. Tanpa disedarinya, Azam terlanggar seseorang.
Eh eh, dia yang mabuk, dia kata orang tu mabuk lah, tidur situ lah.
Apabila diselak, Azam ternampak raut wajah wanita itu. Rupa-rupanya, wanita itu kekasihnya!!!!! OMG… Ni menyesal tahap Taj Mahal runtuh sak.
Dia asyik teringat insiden tersebut. Dia rasa kepala dia sakit akibat terhentak dinding.
Wah mak dia gumbira teramat sangat.
Mak dia cuba nasihat bapak dia tapi bapak dia tu fikiran kolot.
Abang Azmi pun memberitahu kisah sebenar. Wanita haritu tu adiknya, perempuan kecil tu anaknya. Isterinya meninggal pada 31 Disember akibat kemalangan jalan raya. (Asal semua orang mati sama sebab ni urgh)
HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Macam lah takde hari lain untuk bermotek? Kenapalah kau suruh si Farid kerja pada tahun baru/31 Disember abeh kau nak main dengan pekerja kau. Perangai China eh? Mentang-mentang ada Two Child Policy sekarang.
Amanda luahkan rasa kebingungan dan kerisauan yang ada. Rakannya cuba meyakinkannya untuk #GoJe dalam perhubungan ini. Belum cuba, belum tahu.
Pelakon ni lawa eh? Tapi cara dia berbual Melayu…
Eh ni pompan suka pergi wawancara orang sekeliling Temasek? Saya baru perasan mereka gunakan perkataan “resolusi” dan bukan “azam” kerana si Imam Shah mainkan watak bernama Azam hahaha.
Wow Norfasarie seh. Setakat marah budak-budak main gitar/drum hahaha.
Hakim tidak boleh menumpukan perhatiannya dalam rehearsal sebab dia masih marahkan bapanya.
Si pompan ni pun kata mak dia tak dapat datang sebab dah mati pun. Yes, dia ni anak Abang Azmi.
Eh diorang saling mengenali? Mereka dahulunya bekerja bersama. Entahlah, sesi perbualan ni amatlah pendek.
Bapa Zar ternampak pembunuh Rita di masjid. Das Rai… Azam!
Hahaha kesian Zar kenek perform dengan budak kecik?
Eh rude eh bapak dia.
???? Apa ni kata-kata yang tidak munasabah langsung! So semua pemuzik pembunuh?? Dia ni tak belajar daripada filem Kassim Selamat ke!!
Abang Azmi pun cuba berbual secara rasional kepada bapa Zar. Mereka sudah kehilangan orang tersayang dan harus lupakan yang sudah tu.
Abang Azmi mengenalkan anaknya kepada Amanda.
Lol. Tapi mak dia suruh dia #GoJe sebab dia bermuzik untuk buat orang gembira.
Sesi bermaafan.
Hmm…
Si Farid dah berhenti kerja dan terus ke Singapura. Tapi dia lupa iPhone dia?? WTH haha. Hakim menelefonnya untuk meminta maaf kerana merajuk.
Kata kat China tapi kenapa StarHub?????
Azam ingin meminta maaf daripada pakcik ni tapi pakcik ni berdegil.
Azam telah serahkan wangnya kepada kelas Quran di bawah nama Rita. Tapi, pakcik ni masih tanak maafkan dia lagi?? Kalau besok kau mati, abeh kau tak maafkan orang tu… Lantak ah.
Hakim menyesal kerana dia meninggikan suaranya terhadap bapanya. Wow bagus eh anak ni, sedar akan kesilapannya!
MASIH NAK INTERVIU?? Tapi si Amanda ni ambil kesempatan ah haha. Mentang-mentang Abang Azmi dia yang rekod.
Zar muncul dan membuat persembahan bersama budak-budak ni sebab mana tau ada big shot eh? Eh si budak tu main ukulele tak pernah nampak pun masa latihan!
Wow Hakim amat terkejut apabila ternampak bapanya eh.
Seri pun bertanya kenapa dia lambat padahal semalam dah berangkat. Ini kerana Farid terpaksa transit merata tempat sebab flights semua takde. Dia terpaksa naik kapal terbang dari China-HK-Manila-KL-Bangkok-SG. Ke apa entah. Asal dari KL dia tak naik keretapi?
Oh it’s her again. Dalam klip video tersebut, ada mamat Azam tu la. Ibu dan bapa Zar/Rita ternampak video tersebut dan memaafkannya.
Itu sebab si Azam pun menghembuskan nafas terakhirnya! Pada 31 Disember!
Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa telemovie ini gagal untuk memberi kesan yang mendalam. Ini kerana, ia sebuah telemovie terakhir buat tahun 2015. Saya sangkakan ia akan mempunyai impak yang menusuk kalbu ah. Tapi, saya dikecewakan! Saya betul mengharapkan sebuah jalan cerita yang mempunyai plot yang kuat dari FlipSide!! Ada terlalu banyak watak dan setiap cerita itu tidak dapat dikembangkan kerana terlalu banyak cerita harus disampaikan. Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya juga.
Namun, saya rasa bahawa telemovie ini sebenarnya prologue bagi sebuah drama bersiri?? (seperti Danny/Cinta Ramadan) Saya ingin tahu kisah cinta antara Azam dan Rita. Saya juga ingin melihat Imam Shah memainkan watak utama dalam sebuah drama sebab saya rasa dia menang Personaliti Paling Popular tapi apa dia buat kat Suria eh?
Kesian eh Abang Aaron kita. Dijemput untuk berlakon telemovie tempatan tapi wataknya watak duda dan kisah ceritanya agaklah klisye. Saya harap lain kali jika Aaron Aziz dijemput, dia akan main watak utama dalam drama yang wowowowoz ah.
Penampilan Norfasarie, Jeff Catz dan Ryan Sufiyan pun macam… krik krik. They are there just because they’re there. Sekali lagi kita sedar akan peripentingnya kualiti dan bukan kuantiti. So… is it Bad Blood or Bitch, I’m Madonna?
Hahaha bitch I’m Madonna la sampai merangkak kat lantai. FLOPZ!!!
Bintang kerelevanan: 2/5 ⭐️⭐️
Ikuti saya di Twitter dan Fesbuk!
BONOS!!!
Berapa banyak “31 Disember” yang muncul dalam blog post saya kali ini?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle/Facebook)
[…] mengelak pergaduhan di dalam penjara. Ni penting, kalau tak kenek bunuh dalam jail macam cerita 31 Disember tu… […]
LikeLike
[…] 11 Oktober! Pertama kali saya terdengar pasal drama ni, saya ingatkan ada kena mengena dengan 31 Disember. Malang sekali, tidak. Drama ini merupakan satu drama landasan (???) untuk para peserta Anugerah […]
LikeLike