Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Mengikut jejak langkah suaminya, Fiza O memeranjatkan ramai warganet akan pengumumannya yang bakal meninggalkan udara Ria 89.7 FM.
Menulis di Instagramnya, Fiza O menulis bahawa hari terakhirnya berada di udara Ria pada Rabu depan.
Fiza O berkata bahawa dia telah bersama stesen Mediacorp selama hampir seluruh hidupnya dan tahun-tahun gemilang di Caldecott berlalu sepantas kilat.
Ibu dua anak itu mengambil kesempatan hari Jumaat penuh barakah ini untuk mengumumkan berita tergempar ini.
DJ popular juga itu tidak sabar untuk meluangkan minggu terakhir bersama pendengar tersayang.
Di ruang komen, rakan artis serta warganet mengucapkan yang terbaik buat kerjaya dan masa depan pengacara itu.
Antara rancangan popular Fiza O semestinya Girlfriends yang amat popular.
Apakah rancangan Fiza O setelah ini? Adakah Fiza akan terus bekerja off-air? Atau lompat ke Warna? Mungkin bekerjasama dengan KC untuk merancakkan lagi Malam Seram?
Agak-agak korang, Fiza O buat apa?
Mampos lah Ria semakin kurang orang eh? Tiap tahun ada satu orang keluar. Last year Hans Ashrie, tahun 2019 KC. Hmmmmmmmmmmm…
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Fiza O)
[…] Petang tadi merupakan hari terakhir Fiza O di udara stesen Mediacorp Ria seperti apa yang diumumnya Jumaat lalu. […]
LikeLike
[…] anak sulungnya, Awsam, mantan DJ radio mediacorp itu berkatakan ‘surprise!’ atau ‘kejutan!’ sambil mengucapkan Selamat Hari […]
LikeLike