Ulasan Drama: Bujang Hantar

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Suria menerbitkan drama terbaru bertajuk Bujang Hantar setelah ketandusan idea.

Watak-watak dalam drama tu pun… amat klisye.

‘Abang socmed viral’ lah, seorang suami yang baru bukak bisnes penghantaran lah. eee… mendaknye!

Kesemua 13 episod telah dimuatnaikkan ke Toggle. Wow. How cute of Suria! Mereka fikirkan ada ke orang yang nak binge watch? Joke of the week.

Secara terus terang, isu-isu yang muncul dalam episod satu je macam dah pernah nampak.

Episod satu ni penuh dengan unsur lame. Malas nak tengok episod seterusnya.

Dalam episod pertama, salah satu pekerja Bujang Hantar terhilang seekor terapin. Kliennya (seorang budak kecil) marah apabila salah satu terapin yang dihantar bukanlah terapinnya.

Dia pun membuat aduan ala viral di Facebook… Hello Suria?????? Budak kecik guna facebook??? Dah terang diorang tak buat homework. Budak kecik mana yang guna Facebook wei!!!!

Adakah mutu drama seperti ini akan terus ditayangkan di Suria? Mutu lakonan calefare pun macam half past six. Eew. Ada ke patut pakcik ni bawak tongkat tapi boleh lari????? Apakah?

Jalan ceritanya begini, Sufian Ahmad atau ‘Bujang’ ada bisnes penghantaran, isterinya tak sokong. Perniagaannya pun tak lah begitu meletop, tapi pekerjanya pun mengadu sana sini.

Apa yang akan berlaku eh dalam drama ini? Ramalan saya, Bujang akan buktikan  kepada bekas isterinya bahawa perniagaannya berjaya. Socmed adalah salah satu sebab mengapa. Walaupun mengalami sedikit kegenjotan. Apabila sudah berjaya, bekas isteri nak rujuk semula. Dia pun eksyen jual mahal, ada perempuan lain. Padahal perempuan lain untuk jealouskan bekas isteri je…

Tengoklah kalau saya rajin ke tak nak tonton drama mendak ni.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s