Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Kumpulan teater Melayu SMU MLCC, Persadamu akan mementaskan pementasan tahunan mereka awal bulan depan.
Berjudul SATU, pementasan tahun ini akan mengisahkan sepasang kekasih yang dibelenggu masalah dalam perhubungan mereka akibat pemikiran masyarakat sekeliling yang masih berfikiran kolot.
Pendek kata, mereka berdua ni dari bangsa yang berbeza dan oleh itu tak boleh kahwin… Macam ni ha:
Malang sekali, isu ini masih relevan. Dalam dunia serba moden dan liberal, ada saja orang tua ketinggalan zaman yang masih ingin menghalang perkahwinan kerana berlainan bangsa mahupun budaya.
Tapi, apakah kelainan yang akan dipaparkan dalam SATU yang diarah dan ditulis oleh Keatar H.M.? Adakah isu “kahwin sivil” yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Melayu akan dibincangkan? Di mana salah seorang dari pasangan tidak memeluk agama Islam semata-mata untuk bernikah. Mereka setakat kahwin sivil. Ye lah, dah pemikiran liberal, kan?
Kalau nikah semasa bunting boleh dan menjadi satu kebiasaan, kahwin sivil pun bukan perkara yang harus menjadi tanda tanya.
Yang penting, jalan cerita jangan macam Romeo & Juliet sudahlah. Merekalah OG bila part cerita macam gini ni!
SATU akan diadakan pada 2 dan 3 Ogos di Drama Centre Blackbox, NLB. Tiket-tiket boleh didapati di sini.
– Pengkritik Sandiwara