Kupasan Pementasan: Melentur Buluh – Kata-kata oleh Azpirasi

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Semalam, kumpulan tarian setempat Azpirasi telah tamat mementaskan persembahan tarian berjudul KATA-KATA.

Ia mengisahkan tentang kehidupan manusia moden yang asyik taksub dengan media sosial. Dari kecil hingga ke dewasa, apa-apa saja ingin dikemaskinikan di media sosial. Seperti ia satu kemestian dalam hidup, tanpanya mungkin boleh maut kot?

Dimulakan dengan babak di mana seorang anak kecil sedang melukis dan ibunya sibuk dengan telefon bijaknya. Ini terbukti benar kerana kita dapat lihat bagaimana selebriti masa kini (tak kisah tempatan atau dunia) membuka akaun khas untuk anak mereka yang baru saja berumur 5 hari.

Adakah salah anak jika mereka suka bergayut (lol) dan meluangkan masa dengan telefon bijak? Mengapa mereka sering dimarahi apabila menggunakan telefon bijak lama-lama? Padahal mereka dah terdedah dengan kebiasaan ini sejak awal lagi.

Para penari kelihatan taksub dengan telefon bijak sehinggakan tidak boleh lepas dengan telefon bijak mereka. Menerusi tarian kontemporari yang diselitkan unsur tradisional Melayu ini, terserlah bahawa manusia rasa gelisah jika “kuasa” ini dirampas dari kami.

Kami juga sering memberi komen negatif pada siaran (post) seseorang walaupun tidak saling mengenali. Bukan itu saja, ada yang melakukannya dalam keadaan anonymous (eh?).

KATA-KATA mengajak penonton untuk berfikir tentang pendirian masing-masing. Dengan media sosial, segala perkara dijadi bahan ikut-ikutan apabila trending. Seolah-olah tidak ada yang asli atau original. Dan apabila ada segelintir yang lain atau mempunyai pendirian sendiri, individu itu dianggap pelik.

Kami suka sangat tarian di mana lampu telefon bijak memain peranan penting dalam membuat tarian tersebut lagi menarik. Suka sangat!

Secara keseluruhan, persembahan selama sejam lebih ini amat menghiburkan. Ia mengajak penonton fikirkan tentang kegilaan terhadap media sosial. Adakah wajar tabiat ini? Apa yang harus kita fikirkan sebelum menekan butang “send tweet” atau “post”? Walaupun kita tidak berinteraksi secara langsung, orang di sebalik akaun itu tetap manusia yang berperasaan.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s