Kupasan Pementasan: Pestariasi 2019 – Terang oleh Variasi Performing Arts

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kami baru sahaja menonton Pestariasi ke-9 Variasi Performing Arts berjudul TERANG di  Play Den @ The Arts House sebentar tadi.

Keterangan, itulah penonton muzikal ini semua inginkan.

Kepada anda yang telah mengikuti Pengkritik Sandiwara dari mula lagi, you know kami tak pernah nak bohong apabila menulis kupasan. Jadi, apa yang akan ditulis adalah pendapat peribadi yang mungkin tidak dipersetujui ramai.

Pertama sekali, di ruang Play Den yang agak cosy ni, kami agak hairan mengapa para pelakon dalam muzikal ini diberi mikrofon? Para penonton duduk amat dekat sekali dengan pentas yang agak kecil dan mungkin boleh mendengar suara para pelakon tetapi mereka diberi mikrofon.

Ini agak disturbing kerana suara mikrofon kadang kala terlalu kuat apabila pelakon melantangkan suara mereka, terutama sekali babak buli dan gaduh. Mungkin ia sesuai untuk hidupkan mikrofon hanya bila waktu mereka sedang menyanyi saja? Ini belum termasuk kegenjotan seperti suara geselan kain/rambut yang boleh didengar menerusi pembesar suara, mengganggu pementasan ini secara keseluruhan.

Watak utama, Dani Farish, yang dimainkan oleh Khai Zain dihidupkan dengan berkesan sekali. Lakonan Khai Zain memang terserlah dan nampak profesional, nyanyiannya juga merdu sekali. Tetapi, adakah watak-watak yang mewarnai (or rather mengemurungkan) hidupnya ini seharusnya wujud?

Seolah-olah terlalu banyak watak sampingan dalam sebuah muzikal 2 jam ini. Ibunya, adik angkatnya, rakan baiknya, 3 orang buli yang dikenali sebagai SGB atau Super Gerek Boys (yeah, we know right) , a love interest, seorang rakan wanita yang ada crush terhadapnya, dan 2 lagi gadis gedik yang tergila-gilakan SGB. Itu seramai 10 watak sampingan. Ini tidak termasuk watak yang tidak ada secara fizikal. Iaitu bapanya dan arwah adiknya.

Tanpa kehadiran watak adik angkatnya, mungkin 2 ekor buli je cukup (bukan 3), 1 love interest saja dan ibunya, ia pasti dapat menfokuskan pada watak utama dan persoalan yang ingin dikupaskan akan lebih terserlah.

Ini kerana, terlalu banyak persoalan (dari setiap watak) yang ingin dibentangkan sehingga persoalan utama oleh watak Dani sepertinya tenggelam dalam isu-isu yang membelenggu dirinya dan watak-watak sampingan.

Watak ibu ingin menebus kesalahan setelah hilang anak perempuan. Watak Selena Begum (rakan wanita yang ada crush terhadap Dani) ni… kenapa eh dia wujud? Gadis cheerleaders bincangkan isu tentang obsession over boys, watak Mia (love interest) yang akhirnya tidak memberi impak pun. Hmm…

Dan soalan yang di benak fikiran kami, pada tahun bilakah kisah ini berlaku? Tafsiran kami adalah awal 2000an. Ini kerana pemikiran watak-watak seperti mereka agak kolot.

Seorang ibu yang fikir bahawa melukis adalah kegiatan yang tidak membawa faedah? Very 2000. Watak Selena Begum yang taksub dengan KKHH dan K3G, Shah Rukh Khan dan Hritikh Roshan? Sis, we have Varun dan Ranveer sekarang. Also, Begum ni kan nama Islam, tapi watak Selena ni… Takpelah.

Kami rasa bahawa skrip pementasan ini juga agak kekok. Ini kerana banyak imbuhan digunakan dalam perbualan antara watak. Sepertinya kami menonton pementasan sastera! Mungkin skrip boleh diperbaiki agar perbualan antara watak kelihatan lebih semula jadi?

Tiada saspens atau unsur kejutan dalam jalan cerita ini. Watak Dani sendiri yang sedar bahawa dia mengawal ketentuan hidupnya. Kami perasan bahawa penonton sering membaca programme booklet dan ada juga yang kelihatan bosan, hampir terlelap. Jalan cerita agak mencelaru. Pendek kata, drama Melayu Suria.

Yang positifnya, lagu-lagu yang didendangkan dalam pementasan ini amat rancak sekali. Kudos to Wawan! Mungkin boleh muatnaikkan ke Spotify? Kami amat suka lagu yang Sayang versi bollywood gitew!

Koreografi dalam pementasan ini juga amat menarik! Cuma, mungkin kerana pentas yang agak kecil, ia kelihatan seperti mereka menari dalam keadaan sempit. Agak messy. Terlalu banyak penari pada satu masa.

Also, what’s with the gelap jokes? Just because tajuk pementasan ni Terang?

Setelah menonton sebuah pementasan, apa yang penting sekali adalah perbincangan selepas menonton sebuah pementasan. Adakah isu-isu yang ditonjolkan akan terus diperbualkan? Oleh kerana persoalan di muzikal ini agak tidak kukuh, nobody will talk about it.

Ini pertama kali kami menonton persembahan oleh Variasi Performing Arts. FYI.

Tahniah kepada krew dan pelakon TERANG kerana telah bertungkus lumus menjayakan pementasan ini! Keep on doing arts dan rancakkan lagi seni hiburan Melayu!

– Pengritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s