Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pada minggu yang sama, Suria menyiarkan lagi satu drama baru bertajuk Runcit. Disiarkan setiap Rabu manakala Bujang Hantar pula setiap Selasa.
Drama ini dibintangi Mastura Ahmad, Zaidi Ibrahim, Aaron Khaled, Asraf Amin, Azura Goh, Endang Rahayu. Gloria Tan dan ramai lagi.
Drama ini bermula dengan watak utama, Hassan yang dilakonkan oleh Zaidi Ibrahim memberi salam kepada seluruh estet sambil dia menaiki basikal. Kenapa Suria suka sangat mencipta suasana yang tak wujud? Macamlah ada orang nak lambai “hi” kepada semua orang, lagi-lagi dalam Bahasa Melayu? Nope.
Hassan pemilik sebuah kedai runcit yang penuh dengan kotak-kotak buruk. Apakah isi kotak ini semua? Tiada yang tahu. Walaupun dah bertahun jaga kedai ni, masih tak tahu macam mana nak kemas-kemas? Ada bezanya antara kedai runcit antik bersejarah dengan kedai runcit tak dikemas.
3 orang budak sekolah “terserempak” dengan kedai runcit Hassan. Mereka mula mengejek kedai tersebut dan kata ia buruk seolah-olah pertama kali ternampak kedai itu.
Pelik, ya? Budak sekolah kejiranan tu baru sedar kewujudan kedai runcit macamlah kedai tu baru muncul dari bawah tanah ke?
Anak Hassan, Farish (Asraf Amin) seorang graduate sedang menganggur tidak ingin bekerja di kedai runcit bapanya. Inilah dilema yang dihidapi ramai warga tua Singapura. Mereka mempunyai perniagaan seperti warung di kedai kopi atau dalam kes ini kedai runcit lama. Mereka bekerja keras demi kesenangan hidup, menghantar anak mereka ke menara gading. Setelah anak mereka berjaya, anak mereka tidak kerja di kedai mereka dan terpaksalah perniagaan mereka terhenti di situ.
Isu mengenai bakat asing juga dikupas dalam episod pertama. Farish ke temuduga dan melihat ramai orang bukan warga Singapura di situ dan mula rasa gelisah. Ini mungkin kerana dia tahu bahawa kemungkinan bakat asing diambil kerja lebih tinggi berbanding dirinya kerana bakat asing “lebih murah”. Tapi adakah ini benar? Bukankah kita masyarakat meritokratik? Ye ke?
Watak Masturah Ahmad pula, Joyah seorang makcik kepo yang ingin sangat kenal jiran baru mereka dari China. Tetapi, kemesraannya menyebabkan pertelingkahan faham. Video yang tular menunjukkan jiran barunya, Hu, bergaduh di insiden kemalangan jalan raya membuat Joyah fikirkan bahawa mereka terlibat penjenayah! Uh-oh. Haruskah kita sebagai masyarakat melakukan apa yang Joyah lakukan? Niatnya murni tetapi caranya boleh diperbaiki!
Darren dan Marissa yang dimainkan oleh Aaron Khaled dan Azura Goh merupakan rakan niaga (yang mungkin ada pertalian romantis or nah?) pula membuka kedai Enter-Price di bawah blok yang sama yang menempatkan kedai runcit Hassan.
Wait a minute, bawah blok mana ni yang besar sangat boleh ada dua kedai? Wow, bestnya!
Bagaimana Hassan akan berdepan dengan persaingan ini?
Secara terus terang, saya lebih berminat untuk menonton drama ini berbanding Bujang Hantaran (lmao) or whateva. Sebab perkara yang agak baru, dan isu-isu semasa yang lebih relevan! Walaupun bawah blok dia nampah sah bedek… (serta ada RATU Masturah Ahmad!)
– Pengkritik Sandiwara