Akan Datang: Urinetown oleh Pangdemonium

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sebagai penutup tirai musim 2019, Pangdemonium akan membawa muzikal komedi berjudul URINETOWN yang mengupas isu politik, kependudukan, kuasa orang, kapitalisme, rasuah korporat serta muzikal sendiri.

Dalam “kota termahal di dunia” rekaan, “krisis air” telah menyebabkan pemerintah melarang tandas swasta. Kekurangan air mengakibatkan tandas bayar-bila-berak yang dikendali oleh korporasi berkuasa, Urine Good Company, yang dimiliki seorang gila kuasa, Caldwell B. Cladwell.

URINETOWN A3 FINAL v1.jpg

Diugut dengan kenaikan harga, rakyat jelata yang tidak dapat menahan tindasan ini memulakan revolusi yang diterajui seorang wira bernama Bobby Strong, yang jatuh cinta dengan anak Cladwell, Hope! Oh tidak, apa yang akan berlaku?

Pangdemonium amat teruja dapat menyambut ulang tahun ke-20 muzikal unik ini yang akan membawa teater muzikal ke dimensi yang baru, penuh dengan senarai lagu yang melampau, dan jenaka yang membuat anda tak kering gusi sehingga terkucil dalam seluar!

Urinetown diarah oleh Tracie Pang. Dibarisi pelakon seperti Adrian Pang, Andrew Marko, Benjamin Chow, Bright Ong, Edward Choy, Elizabeth Morse, Ethel Yap, Jo Tan, Joash Tang, Kimberly Chan, Mae Elliessa, Mina Ellen Kaye, Muhammad Shafiq Haziq, Sean Ghazi dan Seong Hui Xuan.

Urinetown akan berlangsung di Drama Centre Theatre, NLB dari 27 September hingga 13 Oktober. Tiket-tiket boleh didapati di Sistic, harga jualan awal berlangsung sehingga 13 Ogos!

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s