Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Rancangan drama memasak, Lesung yang dilakonkan Junainah Jumari, Norman Ishak dan Fauzie Laily yang baru disiarkan di Suria beberapa minit tadi agak menarik, bukan?
Pada setiap episod, mereka sekeluarga akan kenalkan 2 resipi. Satu resipi tradisional dan lagi satu resipi moden. Agaknya lah eh?
Dalam episod pertama, resipi Gulai Lemak Pucuk Paku dimasak oleh watak ibu, Yusuf (Fauzie Laily) pula masak Satay Sous Vide. Watak Ilyas (Norman Ishak) pula layan tetamu je. Setiap episod ada tetamu berlainan. Busy ye keluarga ni?
Semasa mereka masak, adalah selit beberapa drama agar rancangan memasak ini dilihat sebagai lebih berkonsepkan rancangan drama juga. Kononnya tidak mendak.
Episod ini, Yusuf terbuang perkakas dapur ibunya. Ibunya merajuk dan ibunya menyembunyikan sudu ukurnya. Gitu. Abeh berbual lah pasal masak guna rasa/ikut mood tak perlu sukat-sukat. Manakala si Yusuf ni, seorang executive chef pula kata sukatan perlu untuk memastikan rasa konsisten.
Yang penting ni Yusuf masak guna mesin sous vide… Macamlah ada orang sanggup beli tau? Abeh tak letak alternatif kalau takde mesin ni. Lesung kang.
(what’s with the caption di atas? Tiba-tiba OK DAH LAPAR abeh “cakap pasal lapar) HUH.
Apabila menonton rancangan ini, babak masakan pertama bukan saja sedap mata memandang. Ada ASMR lagi! Jadi boleh tingkatkan nafsu melalui deria dengar! Fuh, baik Suria being hip!
Suhaillah Salam yang memainkan watak Sarah, adik kepada watak ibu ke rumah mereka setelah menetap di Canada. Lame backstory but ok.
Secara terus terang, ia sebuah rancangan yang baik. Rancangan memasak yang diberi nafas baru. Tapi seakan rancangan yang pernah ditayangkan di Suria dulu! Yang dilakonkan oleh Rahimah Rahim. Tak silap dia main watak So Lazer? Lupalah… Konsep yang sama. Sebuah keluarga yang masak untuk tetamu berlainan setiap minggu.
Watak Ilyas sebenarnya watak “kelakar” tapi ermz… the audience did not laugh.
Kalau dah cuba resipi yang dikongsikan dalam drama ini, harap kongsi bersama kami ya?
– Pengkritik Sandiwara