Salam sejahtera, pembaca setiaku!
Aladdin, sebuah filem Disney 90an yang amat popular sehinggalah zaman ini!
Muzikal Aladdin akhirnya tiba di Singapura, dan ini merupakan satu-satunya destinasi Asia mereka.
Beberapa jam yang lalu, kami telah pun menikmati muzikal penuh ajaib selama 2 jam lebih ini di Marina Bay Sands.
Penonton dihiburkan dengan nyanyian oleh watak Genie untuk persembahan pembukaan sebelum cerita klasik ini bermula.
Secara terus terang, permulaan ceritanya agak sedikit mendak dan meleret. Mungkin kerana kami menunggu saat-saat lagu rancak “Friend Like Me” dan “Prince Ali” untuk dipersembahkan? Oleh itu agak meh bila tonton the build up story.
Terdapat juga watak-watak “baru” dalam muzikal ini. Mungkin kerana teman baik Aladdin, monyet bernama Abu itu tiada dalam versi muzikal, 3 orang rakan bernama Omar, Kassim dan Babkak menjadi ganti…
Watak harimau, Rajah juga ditiadakan. Hais baru nak beli plushie Rajah. Tapi ada plushie genie teddy bear? Choices.
Kami agak kecewa watak-watak haiwan ini dikecualikan. Mungkin watak mereka tidak begitu ketara tapi merekalah yang membuat kisah Aladdin ini lebih mencuit hati! Dan juga, it’s a source of income. Stuffed toy of Abu dan Rajah? Sis, it’s a seller.
Apabila babak Aladdin menggosok lampu ajaib dan Genie muncul, barulah muzikal ini lebih menyeronokkan!
Orang ramai menikmati santapan visual dengan busana berkelipan, props dan set yang tersergam indah berkilauan, percikan api yang mengasyikkan lagi persembahan.
Terdapat juga aksi ala-ala silap mata gitu! Terpegun kami lihat kepantasan trick yang dilakukan! Memang best lah.
Melihat para penari penuh warna-warni yang amat bertenaga dan gerak tari yang sungguh tajam, dengan sentuhan ragam unsur Arab, diiringi lagu-lagu rancak, membuat penonton ingin berdansa bersama! Seluruh pasukan penari dan barisan amat berbakat sekali!
Yang penting sekali, apabila Aladdin mengajak Jasmine untuk menaiki permaidani ajaib. Sungguh menakjubkan dan indah apabila lagu “A Whole New World” didendangkan. Seperti pentas MBS bertukar menjadi alam khayalan yang dikelilingi kerdipan bintang.
Saya hampir menitiskan airmata kerana sungguh romantis, dan sungguh terasa dan berkesan lakonan watak Aladdin dan Puteri Jasmine! And, dapat tengok babak childhood kegemaran di depan mata!
Aladdin memanglah satu muzikal yang menghiburkan kerana lagu-lagu yang tidak asing lagi, tidak kira anak muda atau orang tua, kami semua hafal lagu-lagu ikonik mereka! Muzikal ini mengajak mereka-mereka yang berumur >20 kembali ke alam kanak-kanak mereka, menjelajah kota Agrabah bersama Aladdin dan Puteri Jasmine. Pasti seronok buat seisi keluarga.
Peliknya, bila ada lagu yang hanya khas untuk muzikal ni macam… “Eh tak tahu nyanyi lagu ni…” Hairannya, asal takde lagu ni..?
skskskks kidding
– Pengkritik Sandiwara