Menarik Bulan Ini: Ogos

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Bulan Ogos yang akan datang ini penuh dengan acara menarik dan… cuti panjang! Maklumlah, Hari Kebangsaan dan Hari Raya Haji, kan? Woop woop!

Ayuh kita lihat apakah antara acara menarik yang gempak yang boleh anda semua pergi!


M1 Peer Pleasure Youth Theatre Festival 2019: The Block Party

Diarah oleh Rizman Putra dan Izzaty Ishak, pementasan persembahan-dokumentari ini membongkar isu yang sering tidak diberi perhatian.

Bila: 1-3 Ogos

Mana: Esplanade Theatre Studio

Harga: $20


SATU

SMU MLCC Persadamu mempersembahkan SATU, sebuah pementasan yang mengupas isu sosial tentang perkahwinan campur.

Bila: 2-3 Ogos

Mana: NLB Blackbox

Harga: $20 & $22


Muzikal Aladdin

Nampaknya demam Aladdin masih dirasa sampailah bulan depan! Kalau awal bulan Jun, ramai ibu bapa dah bawak anak-anak mereka menonton Aladdin versi “LIVE ACTION’, kini masa untuk ibu bapa meluangkan masa bersama berdua sahaja menonton Muzikal Aladdin!

Bila: 21 Julai – 1 September

Harga: $68 – $712

Mana: MBS


The Orange Production

Acting Mad

Bila: 7-11 Ogos

Mana: The Necessary Stage Blackbox

Harga: $20 & $28

We Were So Hopeful Then

Bila: 31 Julai – 4 Ogos

Mana: The Necessary Stage Blackbox

Harga: HABIS DIJUAL


Supervision

Pementasan Supervision yang memenangi anugerah di Life Theatre Awards akan kembali untuk Pembukaan W!ldrice di Funan!

Bila: 8 – 18 Ogos

Mana: W!ld Rice @ Funan

Harga: $40 & $50


Apprentice

PERCUMA dan filled up ye. Kalau ada slot minit-minit terakhir dan bersyukur lah.


Cirque du SoleilKURIOS – Cabinet of Curiosities. 

Kurios menyambut ciptaan hebat pada abad ke-19, di mana penonton dibawa ke Curio Cabinet milik pencipta yang bercita-cita tinggi yang tidak hiraukan peraturan masa, ruang dan dimensi untuk mencipta semula segala perkara di sekelilingnya. Tiba-tiba, apa yang boleh dilihat menjadi halimunan, perspektif berubah dan dunia tunggang terbalik!

Bila: Sekarang – 18 Ogos

Mana: Khemah bersebelahan MBS

Harga: $85 – $685


Perbarisan Hari Kebangsaan

Sekiranya ada terlupa… wkwkwkwkw


State of Love & Trust & Stars oleh The Substation

SLTS adalah sebuah acara yang bertujuan untuk menyoal konsep kisah Perbarisan Hari Kebangsaan yang diadakan besar-besaran. Persembahan gah, mesej sosial harmoni, isu keselamatan negara dan ritual dari pihak atasan; perbarisan itu adalah pameran awam terbesar mengenai kesedaran bersama.

Bila: 3 – 4 Ogos

Mana: The Substation

Harga: percuma


PAWAGAM

DENDAM PONTIANAK bakal menemui anda pada 29 Ogos!

View this post on Instagram

BOOM!!! 💥💥💥💥💥

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Dan juga SANGKAR!

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s