Selamat ulang tahun, Singapura!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Hari Kebangsaan bakal menjelma dan tahun ini, seperti banyak selebriti yang menyanyikan lagu NDP versi Melayu, kan?

Ye lah, takkan nak nyanyi lagu Chan Mali Chan je setiap tahun?

Tiga sekawan ini menyanyikan We Are Singapore versi Melayu bertajuk “Bangsa Perkasa”. Ternyata, ia sebuah lagu yang amat bersemangat dan rasa patriotisme pastinya tersemat apabila mendengar rentak dan lirik lagu ini. Cuma, mungkin boleh suruh seorang penyanyi dendangkan lagu ini? Rimas sis tengok diorang teriak…

Bestnya, ia dikongsi oleh Puan Presiden kita! Amboi, semakin maju kumpulan trio Ok Lets Go ini! Tahniah kepada Dzar Ismail, Dyn Norahim dan Raja Razie kerana berjaya menyatukan masyarakat kita dengan lagu ini!

Yes, I know I should listen to their podcast and make a linguistic/male privilege/patriarchy/toxic masculinity analysis tapi sis takde masa.

Lepas tiga, empat. Empat jejaka yang amat hot dahulu kala semasa TV masih relevan, Khairil, Fauzie, Azmir dan Hyrul bersama-sama menyanyikan lagu Di Tanjong Katong dan Tanahairku (Home versi Melayu).

Memang amat merdu dan menyayat hati sekali nyanyian mereka. Membawa kakak-kakak balik ke zaman masih anak dara muda yang tergila-gilakan mereka berempat. The reunion did happen, huh?

Tapi… ANBS tu apa? Anugerah Band Singapore..? huh?

Dan akhir sekali… Majulah Singapura versi Ramli Sarip!

Sungguh very the feels dan membuat bulu roma berdiri. Makna lagu kebangsaan semakin terserlah, seperti demaklasi sajak! Suara Papa Rock kita ala serak-serak basah membuat orang ramai jatuh hati dengan lagu ini sekali lagi.

Tak sabar nak dengar lagu ini dinyanyikannya secara langsung di Padang!

Maaf lah eh, pengebumian Melayu takde nyanyi lagu, cuma doa saja. Jadi Ramli Sarip mungkin tidak tahu apa maksudnya singing ala funeral…

Anda semua perasan tak tahun ni tak banyak flat yang gantung bendera? Kenapa eh?

Ada tak lagu-lagu yang kami terlepas?

– Pengkritik Sandiwara

 

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s