Baru sahaja habis menonton telemovie khas Hari Raya Haji Di Puncak Orgazma Rahmah, kan?
Kecewa dengan akhir ceritanya yang begitu convenient? Sama, sis.
Secara terus terang, jalan ceritanya amatlah klisye. Pernah kita lihat lebih dari sekali.
Dilakonkan oleh Norman Hakim, Rima Melati, Lydia Asyiqin, Faiz Zainal, Sofia Dendroff, Aaron Khaled dan ramai lagi, telemovie khas ini amatlah mengecewakan.
Seorang bapa bernama Adam yang terpaksa besarkan anak mereka kerana isterinya tinggalkannya. Ini kerana isterinya tak rela hidup susah kerana dah terlalu biasa hidup senang bersama ibu bapanya sendiri.
20 tahun kemudian, si isteri pulang untuk mencari 2 orang anaknya. Dia memberi kasih sayang dengan harta benda, dengan harapan dapat mengambil hati anak-anaknya.
Malang sekali, hanya satu saja yang mata duitan (selalunya lelaki aka Adnan) manakala Adillah tidak inginkan kemahuan material kerana masih marah sebab ibunya hilang begitu saja semasa dia dan adiknya masih kecil.
Apabila ibunya ajak mereka ke KL (sebab she’s from there), Adnan amat teruja sekali dan juga tidak tolak duit yang diberi, tidak seperti kakaknya.
Adnan begitu ghairah melihat rumah mewah ibunya sehinggakan Adillah menyifatkannya sebagai “jakun”. Tapi… pihak pasukan penerbit tak tahu ke istilah “jakun” untuk menerangkan perasaan “teruja terhadap sesuatu yang baru” boleh dianggap satu penghinaan?
Ini kerana Jakun sebenarnya nama suku kaum Orang Asli di Malaysia. Mereka dipanggil Jakun. Jadi… Kalau ada orang cakap, “You’re so dumb like a Malay”, tak ke darah up? Harap didik masing-masing, ye?
Kenapa pada tahun 2019, @Mediacorp_Suria masih membenarkan perkataan “jakun” digunakan seperti ini?
Tidakkah mereka peka akan makna sebenar Jakun dan bagaimana ia sebenarnya satu penghinaan jika digunakan dalam konteks sebegini dalam telemovie #DiPuncakRahmah? pic.twitter.com/MIriFTrOZj
Fenomena ini seakan seperti istilah n-word dan k-word. Malang sekali, orang Melayu kita yang tiada kaitan dengan sejarah orang berkulit hitam, menggunakan the n-word untuk tampak cool. Dan masih gunakan k-word sebagai penghinaan terhadap orang kaum India.
PERIODT.
Back to this telemovie.
Ibu mereka telah siapkan bilik masing-masing dengan bau semerbak mengikut jantina anak-anak. Sejak bila bau wangi-wangian ni ada jantina? Odour knows no gender!
Adnan pulang ke Singapura dengan beg berjenama, dah mula tackle gadis mata duitan. Why are we surprised? This is too common dalam drama Melayu! In the end pun si perempuan tu dah tak nak dia looool. Kelakarnye, dia ajak beli barang kemas on first date!
Abeh si Adnan naik motor mewah all abeh kawan kat uni semua kecoh. Kenapa Suria suka gambarkan pelajar uni seperti pelajar sekolah menengah? It’s uni, semua orang sibuk hustlin’, tak kisah siapa matair siapa atau naik motor apa.
Sesudah kaya, Adnan nak berhenti sekolah. LOL.
Adam dimasukkan ke hospital…kerana stres… that is so uncalled for?? Macam takde impak yang mendalam. Setakat nak dorong anak dia habiskan degree???? Abeh ada adegan peluk 3-way and Lydia Asyiqin kelihatan begitu uncomfortable.
Setahun kemudian, Adam berpeluang tunaikan haji. Apabila di Mecca (or wherever) dia terjumpa bekas isterinya dan nikah semula. That’s the ending… I know.
Ok, the only unsur Hari Raya Haji adalah Adam sukarela di masjid dan mereka (suami isteri) berjumpa sekali lagi di tanah suci. That’s all. Kalau babak-babak ni dikeluarkan, ia kisah cinta biasa-biasa je. Sama macam drama bersiri Tetamu Ramadan, ada pelakon undangan dari Malaysia hot jugak. Tapi jalan cerita takde yang Ramadan sangat pun.
Also, dalam mesyuarat untuk menarik lebih ramai warga Singapura melakukan ibadah korban di Singapura dan bukan di luar negera, jawatankuasa masjid cadangkan untuk adakan video kreatif agar dapat menarik perhatian orang ramai… Is that how the meeting at Suria goes? skskskskskksks
Tolonglah, kalau nak ada drama sempena hari raya/puasa, harap dapat tonjolkan unsur khas tu. Kalau tak macam drama biasa je!
Walaubagaimanapun, tahniah dan syabas kerana menjayakan telemovie ini! Bukan senang untuk merakam telemovie di tanah suci! Pasti banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi. Kudos to cast and team.
I would want my 2 hours back but… takpelah.
Bukan itu sahaja, mutu poster yang disiarkan di Instagram pun agak questionable. Terutama sekali poster yang dimuatnaikkan ke akaun @directorsteamproduction!
Lihat saja gambar Aaron Khaled. Grainy, filter tak kena, pilihan warna agak pelik menyebabkan ia agak sukar untuk dibaca, logo instagram tahun 2015. This applies kepada semua poster. Kecuali yang dimuatnaikkan ke Suria.
Watak Aaron Khaled pun macam tak begitu penting. Watak ni tak wujud pun ok je. Tapi, the chemistry antara dia dan Lydia Asyiqin amat sedap mata memandang!
Selain itu, poster watak sampingan seolah-olah sebuah after thought.
[…] Hari Raya Haji takde slur ‘jakun’! Syukur… tapi difahamkan bahawa telemovie Di Puncak Orgazma ditayangkan pada hari Sabtu. Sama ada adegan di bawah ini disunting atau tidak, I have no idea […]
[…] Hari Raya Haji takde slur ‘jakun’! Syukur… tapi difahamkan bahawa telemovie Di Puncak Orgazma ditayangkan pada hari Sabtu. Sama ada adegan di bawah ini disunting atau tidak, I have no idea […]
LikeLike
[…] Rima Melati […]
LikeLike