Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Hujung bulan ini, 2 filem Melayu akan mula disiarkan di layar perak pada hari yang sama!
29 Ogos merupakan hari di mana ramai orang Melayu akan berpusu-pusu ke pawagam terdekat untuk menonton filem seram Dendam Pontianak atau Revenge of the Pontianak dan juga filem tinju berjudul Sangkar.
Yang penting sekali, kedua-dua filem ini dibintangi jejaka Melayu terakhir, Remy Ishak!
https://www.instagram.com/p/B1A4alYHOOd/
Get that Ringgit, Daddy!
Siapa di antara anda yang akan menonton filem ini pada satu hari? Kami sarankan tonton Revenge of the Pontianak dulu, jadi bila tonton Sangkar kemudian, dapat hilangkan rasa seram sejuk. Jadi balik rumah pun tak dalam keadaan ketakutan!
Filem Dendam Pontianak yang diarah Glen Goei (woots SG pride) dan Gavin Yap mengisahkan seekor pontianak yang ingin membalas dendam? IDK.
Yang penting, ada pelakon Singapura Nadiah M. Din, Hisyam Hamid dan Shenty Feliziana! Yes! Oh, dan daddy Tony Eusoff juga!
Di Twitter saja, ramai yang mula menyoal, mampukah filem pontianak ini mengatasi filem pontianak kegemaran Nusantara? Iaitu Pontianak Harum Sundal Malam lakonan Maya Karin? Ramai yang dah mula buat perbezaan. Mampukah Fazura menjadi Pontianak Malaya seterusnya?
Hanya masa yang akan menentukan! Lagipun, lagu filem ini agak menggerunkan, ya?
Kasihku Selamanya dinyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini amat menyeramkan tapi macam best didengar, kan?
Cuma, kenapa filem ini ditayangkan 2 minggu lebih awal di Singapura berbanding di Malaysia? Adakah untuk mengelak 2 filem blockbuster tayang pada hari pelancaran yang sama?
Filem Sangkar pula berkisar tentang… ahli tinju? Ok, let’s be honest. Korang nak tengok filem ni sebab nak tengok Remy Ishak dengan Zul Ariffin bergelut dalam keaadan tak berbaju je kan? C’mon.
Anda pasukan Merah atau pasukan Biru?
Tak sabar nak tonton filem ini semua!
– Pengkritik Sandiwara