Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Drama Runcit yang mengisahkan tentang kedai runcit sebenarnya amat menarik, ya?
Yang penting, isu-isu yang timbul amat relevan kepada masyarakat Melayu Singapura dan warga Singapura secara amnya.
Sebagai contoh, watak Hassan yang takut akan kemunculan persaingan.
Apabila terdengar kedai Enter-Price akan dibuka, Hassan seolah-olah tergopoh-gapah dan tidak ingin statusnya sebagai satu-satunya kedai runcit itu jatuh. Dia takut pelanggannya akan lari. Padahal… kedainya yang outdated tu dah cukup untuk halau pelanggan.
Bukankah persaingan itu perkara yang positif? Ia mendorong setiap syarikat untuk menjadi lebih kreatif dan berdaya saing agar dapat memberi khidmat terbaik kepada pelanggan. Dan mencari keunikan syarikat sendiri.
Kedua, bagaimana untuk kekal relevan dalam dunia digital ini.
Enter-Price, yang dimiliki Darren dan Marissa pula menggunakan cara pembayaran elektronik.
Tapi adakah penduduk di Mesra Estate ini, yang kebanyakannya warga tua, akan menggunakan cara pembayaran ini?
Bisnes tidak begitu rancak untuk Enter-Prise dan mereka ingin menjalani rebranding. Baru bukak dah rebranding..? Ok…
Ketiga, bagaimana pertalian persaudaraan boleh mencetuskan konflik.
Malangnya, anak Hassan sendiri, Farish, bekerja sebagai publicity/advertising expert untuk Enter-Price! Alamak, padahal bapak dia benci sangat Enter-Price. Apatah lagi apabila Hassan mendapat tahu bahawa Darren anak Ah Seng, kawan lamanya. Mampus!
Keempat, cara-cara untuk mengelak sifat xenofobia.
Dalam drama ini, terdapat 2 situasi di mana sifat xenofobia digambarkan.
Watak makcik Joyah yang asyik ingin mencari pasal dengan jirannya dari China. Dia selalu mengadu sehinggakan adanya kelas Inggeris untuk mereka akibat aduannya. Begitulah bagaimana PA dapat mengambil kesempatan aduan penduduk, tak begitu?
Dan juga Hassan di mana dia mula rasa curiga terhadap penghantar minuman yang mencuri atau tidak menghantar kotak minuman pesanannya!
Hassan risau akan kedai baru yang bakal dibuka. Dia asyik termenung je di kedainya apabila ada pelanggan.
Kelima, kepentingan menjaga perasaan rakan perniagaan.
Marissa tidak ingin menggolekkan nenas pada pelancaran Enter-Price. Tetapi, ayah Darren ingin melestarikan budaya ini, agar bisnes mereka laku. Apabila nenas dilontar, ia melanggar kamera dan seolah-olah perhatian ditumpukan kepada nenas dan bukan logo atau kedai yang baru buka. Ini mengakibatkan kemarahan dalam diri Marissa kerana orang ramai hanya berbual tentang nenas. Manakala Darren pula berpendapat bahawa any form of publicity is good.
Tapi, adakah Darren menghormati pendapat Marissa? Pada Marissa pula, tidakkah dia harus menghormati budaya Darren?
Also, the love triangle antara Marissa, Darren dan Farish. Let’s all agree Farish dan Darren ada tension sikit so sekarang gaduh, episod terakhir dah dating, eh?
Agak-agak apa yang akan berlaku dalam episod akan datang?
Bagaimana reaksi Hassan apabila mendapat tahu anaknya bekerja untuk Enter-Price? Adakah dua kedai ini akan bekerjasama? Cinta antara Marissa dan Farish? Kes kehilangan stok?
Di Toggle ada sampai episod 8 tapi sis takde masa lagi nak tonton…
– Pengkritik Sandiwara