Runcit: Episod 6 – 8

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Ya, kami akan menulis ulasan drama Runcit episod 6-8 kerana ia telah pun dimuatnaikkan ke Toggle! Jangan tanya kenapa, kami pun kurang pasti!

Hassan mendapat tahu bahawa anaknya bekerja untuk Enter-Price. Darren dan Marissa pun terkejut bahawa Farish anaknya Hassan.

Hassan rasa kecewa, seolah-olah ditipu dan ditikam belakang oleh anak sendiri.

Pelik sekali, setelah insiden itu, si Farish tetap ingin bekerja untuk Enter-Price? Sikit pun dia tak rasa kesian untuk bapak dia?

Bukan ke sebagai seorang anak, kau sepatutnya rasa khuatir tentang kedai runcit bapaknye yang semakin tak laku? Asal tak buat rebranding sikit-sikit? Bukannya salah nak makan gaji, tapi sebagai designer/advertising expert, tak ke Farish sepatutnya mengambil kesempatan untuk menukar konsep kedai ayahnya, pada masa yang sama kekalkan unsur tradisional, agar dapat gunakan itu sebagai example dalam resumenya????? What’s not clickin’?

Bukan itu saja, apabila ada karnival anjuran balai rakyat, Farish masih nak kerja untuk Enter-Price. HUH? Apa dia buat nak tolong-tolong kat CC? Padahal kerja dia rebranding je kot. Jangan nak extra sangat mengurat Marissa tu!!!!!

Bila ternampak bapak sendiri terkial-kial nak set up gerai baru nak tolong? Pui.

BTW, diorang ni tauke kedai runcit, bukannya kedai minuman. Kenapa diorang harus jual minuman? Konpius dibuatnya.

Insiden lipas was so lame.

Darren dan Marissa mendapat tawaran untuk kembangkan pernigaan mereka ke England. Darren pun propose ke Marissa tapi Marissa tidak ingin apa-apa hubungan.

Kelakarnya, si Farish ni dah frust tonggeng sebab dia akan keseorangan… Huh budak rebranding ni nak dating dengan bos? Eew???????

Hassan akhirnya tidak tuduh-menuduh sesiapa atas kehilangan wang/kotak minuman dan berbaik semula dengan rakan-rakannya. Tapi apa yang jelas adalah perhubungannya bersama Joyah semakin akrab. Ada ketegangan romantis antara mereka berdua!!!

Marissa cuba berdamai dengan Hassan melalui kerjasama untuk menarik pelanggan bersama. Tapi… Hassan ni macam nak tak nak pulak.

Apa yang akan terjadi dalam episod-episod terakhir eh?

Ok, maaf cakap lah eh tapi kenapa ada pejabat dalam kedai konsep 7e tu..?

– Pengkritik Sandiwara

 

Tinggalkan komen