Wayang Sekarang: BoBoiBoy 2 The Movie

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Jika anda serta anak anda belum menonton filem animasi terbaru di pawagam, anda sememangnya ketinggalan dengan pelbagai keseronokan yang disajikan dalam filem ini!

Animasi popular, BoBoiBoy kembali lagi dengan filem kedua! Jika filem pertama membongkar potensi sebenar sphera kuasa bernama Ochobot, filem kali ini pula mengajar BoBoiBoy untuk meggunakan kesemua 7 kuasa elementalnya dengan lebih bijak.

Movie pertamanya juga berada di Netflix. Banyak peningkatan dari segi animasi, mutu dan skrip boleh dilihat jika membandingkan 2 filem ini!

Apa yang menarik tentang BoBoiBoy adalah pengunaan Bahasa Melayu untuk menamakan kata nama. Seumpamanya, watak Retak’ka, watak jahat dalam filem kedua ini. Serta Hang Kasa, seorang atok yang penuh dengan ilmu yang mengajar BoBoiBoy untuk mencapai kebolehan maksimumnya. Tidak lupa juga nama tempat seperti planet Bayungan, yang bergantung kepada angin bagi sumber kuasa di planet mereka.

Sejauh ini, filem ini telah menjangkau kutipan filem sebelum dengan sebanyak RM15.8 juta, atau sekitar $5 juta!

Sungguh seronok melihat anak-anak kecil Singapura, tidak kira bangsa, juga turut mengajak ibu bapa mereka ataupun bersama rakan-rakan menonton BoBoiBoy.

Dengan tidak langsung, bahasa dan budaya Melayu juga dapat dilestarikan. Kosa kata kanak-kanak mampu berkembang kerana istilah yang digunakan dalam filem ini juga agak menarik! Seperti nama-nama kuasa-kuasa watak Gopal, Feng, Yaya dan Ying, selain BoBoiBoy.

Lagu OST filem kedua ini juga amat menyeronokkan dan membakar semangat! Didendangkan oleh Faizal Tahir ia memberi keyakinan diri dan kepercayaan kepada pendengar.

Jalan ceritanya pula amat seronok, penuh dengan plot twist yang tidak boleh disangka, luar dari dunia ini. Kami percaya ia bukan sahaja setanding dengan animasi antarabangsa tetapi, menjadi kayu ukur untuk animasi antarabangsa!

Ini kerana bukan hanya jalan ceritanya saja yang menarik, tapi pengajaran dan mesej yang ingin disampaikan melalui filem ini juga amat penting. Seperti kepentingan bersahabat, selalu berbaik walaupun bermusuh dan banyak lagi.

Watak Retak’ka ingin merampas balik kuasa elementalnya daripada BoBoiBoy dan menggunakan kuasa itu untuk kepentingan diri sendiri! BoBoiBoy harus mencari jalan agar kesemua kuasanya tidak lesap. Adakah pertolongan dari Hang Kasa itu mencukupi? Hmm…

Tidak boleh dinafikan bahawa watak yang menarik perhatian ramai adalah Pipi Zola!!!!!!! Comel gila!!!! Dan cara dia berbual pun urgh pelat dan comel!!! Watak Papa Zola juga memainkan peranan penting kerana walaupun dia tidak berkuasa, dia menjadi pembimbing/guardian kepada 5 sekawan itu.

Apa yang penting sekali, walaupun tidak menonton siri BoBoiBoy, penonton tidak akan terpinga-pinga! So, yay!

Sekarang, rasa macam nak tonton seluruh episod di YouTube!!!

Apa yang tak minatnya adalah… BoBoiBoy dan rakan-rakan membesar… Kenapa 😦

Selalunya, watak-watak animasi popular tidak membesar. Seperti Pokemon dan Doraemon. Kan? Kalau Dora tu… Siapa kenal the tween version?

Jadi, apa tunggu lagi? Ajaklah si kecil menonton BoBoiBoy di panggung Cineplex terdekat!

How popular is BoBoiBoy? Ada fandom site sendiri dok.

Oh yes, pada akhir cerita tu… bapak dia kan??? EXCITED!!!!!!!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s