Di Akhir Garisan – sebuah analisa

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Bagaimana cuti panjang anda? Best?

Seperti Hari Raya Haji tahun-tahun lalu, Suria tayangkan telemovie khas Hari Raya Haji. Well, that’s the only original content for HRH we gonna get selain Rayakustika pada Aidiladha!

Mujur, tahun ini, telemovie Hari Raya Haji takde slur ‘jakun’! Syukur… tapi difahamkan bahawa telemovie Di Puncak Orgazma ditayangkan pada hari Sabtu. Sama ada adegan di bawah ini disunting atau tidak, I have no idea ma’am.

Bertajuk Di Luar Akhir Garisan, telemovie kali ini mengetengahkan kehidupan bekas banduan! Projek Reben Kuning vibes, gitew.

Watak Raudha dan Janna (Atyy Malek dan Suhaillah Salam) merupakan bekas banduan yang mencuba sedaya upaya untuk kembali kepada masyarakat setelah bebas dari penjara. Menariknya, sebab mengapa mereka berdua meringkuk di penjara adalah kerana perbuatan orang lain.

Misalnya, Raudha ni disabo rakan minah repnya manakala Janna cuma ingin melindungi dirinya daripada ditikam oleh sang suami!

Secara keseluruhannya, telemovie ini ok je lah kot. Tak begitu wow, tak begitu meh. Ada kelainan sedikit kerana penonton dapat melihat perspektif seorang bekas banduan yang sudah berubah dan ingin mencari kehidupannya balik. Kita dapat lihat diskriminasi yang dihidapi mereka semata-mata mereka bekas banduan, walaupun mereka sudah berubah.

Dan apa yang membuat telemovie ini telemovie Hari Raya Haji adalah keinginan mereka untuk melengkapkan rukun Islam kelima – menunaikan haji. Kalau mereka takde unsur ini, this would be a telemovie disokong Yellow Ribbon Project!

Ayuh kita lihat beberapa perkara yang membuat telemovie ini lain daripada yang lain!

OBJEK

Unsur objek memainkan peranan yang penting dalam telemovie ini. Ini kerana apabila sesebuah objek diperkenalkan pada julung-julung kalinya, ia seolah-olah tidak begitu penting. Namun, objek-objek tersebut sebenarnya unsur yang memperkukuhkan jalan cerita Di Akhir Garisan ini.

Berus dawai – Watak Raudha membeli beberapa buah berus dawai untuk bersihkan kotoran degil di lantai. Perbualannya bersama watak Wak Mol (Rafaat Hamzah) seperti perbualan biasa pada mulanya apabila mereka berbual tentang berus dawai. Di akhir telemovie ini, berus dawai tersebut digunakan Raudha untuk cederakan dirinya sendiri kerana cintanya dihalang, gitew!

Replika Kabbah – Watak Janna menggilap replika Kabbah yang diberi kepadanya oleh arwah Neneknya. Adegan ini pada mulanya mungkin tidak bermaksud apa-apa. Namun, Janna menggunakan replika ini untuk menghentak suaminya apabila suaminya mencuba membunuhnya. Ini juga simbolik (worldnya) kerana ia melambangkan bahawa Tuhan selalu melindungi hambanya.

Dadah – Kerana dadahlah Raudha dimasukkan ke penjara. Ini kerana rakan-rakannya menyabo Raudha untuk hantarkan ‘beg’. Padahal dadah. RUDE!!!

IMBAS KEMBALI

Imbas kembali atau flashback antara teknik yang digunakan dalam telemovie ini untuk memberitahu apa yang terjadi dalam kehidupan watak-watak utama pada zaman silam mereka. Cuma………….. macam banyak sangat flashback, sis!!!! First, ada flashback untuk watak Janna bersama suaminya. Kedua, flashback watak Raudha dengan geng mat/minah repnya. Ketiga, flashback watak Janna DAN Raudha di penjara. So that’s flashback to 3 different timezones tau?????

So in all, sebenarnya ada 4 timezones (4th: present time)!!!! 4 timezones dalam sebuah telemovie 2 jam???? Ma’am… macam dalam mesin masa apabila menonton telemovie ini!

WATAK SAMPINGAN

Walaupun airtime mereka mungkin kurang 10 minit secara keseluruhan, watak-watak mereka sebenarnya penting… atau tidak?

Wak Mol. – Apakah kepentingan watak ini? Kenapa dia boleh muncul bila Raudha cederakan dirinya? Kalau dia tak wujud, telemovie ini akan tetap jalan kot. TBH, seorang watak yang tidak menambah inti kepada jalan cerita! But then again, ini mungkin one of those telemovies yang akan diperkembangkan menjadi drama bersiri. Mungkin kita akan melihat more of Wak Mol dalam drama bersiri Di Akhir Garisan?

Josh – boleh dianggap seperti guardian angel Raudha, tapi kalau love interest? Nah. He’s keeping it professional.

Ustaz Sufyan – Well, well, well. He is THAT type of ustaz, kan? Ada superiority/saviour complex. Just because dia ustaz, dia fikir dia boleh ‘selamatkan’ Raudha yang kononnya tergendala dalam masalah sosial. And dia sanggup bercinta dengan Raudha sebab apa? Sebab nak dipuji!!!!!! We all know that, drop your act, Sufyan!

Ibu Sufyan – typical mom. Siapa tak nak anak dia kahwin Ustazah Liyana, kan? Cantik, influencer, sopan santun. Sudah tentu dia tak nak anak dia berkawan dengan Raudha sebab Raudha ni ada tattoo!

Rakan-rakan Raudha – meh. Comic relief kot? Selain meletakkan dadah dalam beg, watak mereka juga seolah-olah seperti comic relief sebab kelakar-ish. Ekcili bila part innocent cinderella tu dah kelakar tau tapi diorang add frozen je dah tak kelakar??????? Sebab Cinderella kan damsel in distress so Raudha tu cam Cinderella lah. Abeh Frozen???? Gurl, no. Bak kata RuPaul, “make it funny.”


Penutup cerita ni memang sedih tapi ia tidak mengakibatkan saya menitiskan airmata! Walaupun segelintir netizens yang kata diorang nangis, not me. Nak cancel ibadah haji semata-mata untuk jaga anak yang dihidapi barah? Tak munasabah for me, gurl. Kan lebih baik kau jaga, patsu pergi haji and doa for anak kau, Janna. Mana tau doa mujarab? Kan lebih bermakna! And then balik haji sambung jaga lah. What’s the issue, here?

Bagi Raudha pula, kalau Sufyan dah nak ikot cakap mak dia tu… biarlah. Kumbang bukan seekor!!!!

.

So yeah, that is it. Ini adalah pendapat peribadi saya. Terima kasih.

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s