Aksi ikon socmed bantu warga emas dipersenda netizens

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Niatnya hanya untuk membantu, tapi apakan daya, video yang dikongsinya menerima banyak kecaman oleh para wargent. Begitu malang kehidupan ikon media sosial, Ibnur, baru-baru ini.

Dalam bebenang di Twitter itu, personaliti socmed itu berkongsi bahawa dia berada di Bedok apabila terserempak dengan seorang makcik yang perlukan bantuan untuk menempah kereta sewa privet, Grab. Atas kemurahan hatinya, Ibnur bukan sekadar membuat tempahan, dia juga turut ikut serta menemani makcik tersebut ke Bedok Central!

Detik-detik ini dirakam dan dimuatnaikkan di akaun Twitter Ibnur. Video terakhir di mana Ibnur membantu keluarkan kerusi roda makcik tersebut mendapat sambutan begitu baik sekali – lebih 100 retweets! Namun begitu, video ala rakaman POV kamera litar tertutup (CCTV) ini mendapat banyak komen negatif! Alahai, kesiannya Ibnur…

Warganet di Twitter rasa sangsi kerana Ibnur seolah-olah menunjuk-nunjuk kebaikannya di socmed, dan mempunyai kamera yang sudah bersedia merakam segalanya. Ada juga berkata Ibnur dahagakan retweets dan clout!

Walaupun begitu, ramai di antara warganet juga memuji kelakuan Ibnur yang harus dijadikan contoh kepada masyarakat!

Kejadian ini mengingatkan orang ramai, terutama generasi milenial dan Z, agar sediakan iPhone apabila melakukan kerja-kerja amal agar dapat meraih sedikit populariti di wadah media sosial!

Setelah tweet ini tular, ahli keluarga makcik tersebut menghubungi Ibnur untuk meluahkan rasa syukur.

Alhamdulillah. Semoga insiden ini dapat dipelajari dan semoga Allah membalas jasa Ibnur yang ikhlas ini.

Yang korang tu kecam kumpul dosa jek. Huhu. Gitew. ❀ Kalau jealous, cepat-cepatlah buat kerja baik dan rakam! Pasti virallllz.

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Twitter ibbybitch)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s