Avengers Endgame: Suria

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pada 2 Mei, seorang netizen bernama Francis Tan telah memuatnaikkan sesuatu di Facebook dan pos itu mula tular (viral) keesokan harinya.

Oleh kerana soalannya adalah “Do you agree”, kami di Pengkritik Sandiwara sebulat suara ingin mengatakan bahawa we do not. Ini kerana watak Black Panther disamakan dengan… Taufik Batisah.

Adakah orang Cina masih hanya tahu Taufik Batisah sahaja manakala terdapat ramai lagi artis-artis Melayu Singapura yang lebih gempak dan berjaya bukan sahaja di Singapura tetapi rantau ini? Kami marah sangat sebab Taufik Batisah… tidak boleh berlakon!

Bukan sahaja itu, nampaknya orang Cina really think mereka…

It is what it is.

Juga, ini bukanlah pertama kali di mana individu-individu bukan-Cina dipinggirkan di media. Lihat sahaja Toggle di mana semua bersepah muka selebriti Cina. Walaupun Pesta Perdana dianjurkan bulan lepas, tiada seorang pun yang dikemukakan di segmen Toggle Best Dressed!

Secara terus terang, Francis Tan can just post and go sebab he is that Chinese dude yang hanya tahu Taufik Batisah, he is not…”wrong”. Sebab apa yang dimuatnaikkan olehnya merupakan visinya. Tetapi apabila SGAG menyatakan bahawa ia Avengers di Singapura… di situlah mulanya ketidakadilan berbaur perkauman timbul.

Oleh kerana itu, kami di Pengkritik Sandiwara telah pun menyenaraikan barisan-barisan watak Avengers versi Suria selebriti Melayu Singapura (since Suria blocked us on Instagram). Usah risau, Taufik Batisah tidak disenaraikan atas sebab-sebab tertentu.

Amaran: spoilers alert or whateva.

Sani Hussin (a legend) sebagai Tony Stark/Ironman bersama pasangannya, Pepper Pots/Rescue yang dipegang oleh Nurul Aini. Syaiful Ariffin pula sebagai Rhodey/War Machine dan Danial Ashriq sebagai Peter Parker/Spiderman sebab dia Peter Pan. Geddit? Dia nampak muda forever.

Khairudin Saharom sebagai Bruce Banner/Hulk because of his brains!!! Shenty Feliziana sebagai Natasha Romanoff/Black Widow sebab dia pun dancer gitew dan Aaron Aziz sebagai Clint Barton/Hawkeye/Ronin because they are dads!

Era Farida layak pegang watak Hella!!!! Rahimah Rahim pula harus harus harus jadi Frigga urgh the power she has! Dan Sofia Dendroff sebagai Valkyrie.

Sudah tentu Daddy Fir Rahman harus memegang watak Thor! Unf. Ramli Sarip dan Odin, kembar!  Dan Suzairhe Sumari, bring back watak Anak Metropolitan bad boi plis!

Haizad Imran is Steve Rogers/Captain America, Sufian Ahmad sebagai Sam Wilson/Falcon dan Aaron Khaled is Bucky Barnes/Winter Soldier with the long hair.

Mariana Yati sebagai The Ancient One sebab dia cukur rambut demi seorang watak so the dedikasi!!! Izzat Yusoff sebagai Dr Stephen Strange, dan Suhaimi Yusof sebagai Wong sebab lucu dan saiz.

Imam Shah sebagai Peter Quill/Star-Lord, Nick Mikhail sebagai Drax sebab body art, Norman Ishak sebagai Rocket Raccoon, dan Sezairi pula Groot sebab dua-dua comey.

Ariati Tyeb Papar sebagai Gamora cos, siapa lagi? Najib Soiman sebagai Thanos sebab mirip sama, Nadia Ali sebagai Nebula sebab kami percaya beliau boleh memegang watak baik dan jahat, dan Atyy Malek sebagai Mantis.

Aric Hidir sebagai Vision, dan Aisiqa sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch.

Hisyam Hamid sebagai Scott Lang/Antman sebab kita perlukan seorang abah sepertinya. Adlina Adil sebagai Hope Pym/The Wasp. Jasmani Basri sebagai Hank Pym dan Hanifah Wahab sebagai Janet van Dyne.

Sharon Ismail sebagai Carol Denvers/Captain Marvel. Tiada penjelasan diperlukan. Dan Jeff Catz sebagai Nick Fury. Agent Coulson pula… Najip Ali lah kan!!!

Nadiah M Din sebagai Shuri, Ratu Mastura Ahmad sebagai Ramonda dan Fadli Kamsani sebagai Black Panther/ T’Challa.

Cef Bob sebagai M’baku, Huda Ali sebagai Okoye, Hatta Said sebagai Killmonger dan Nity Baizura pula Nakia.

Itu sahaja senarai AvengerSuria kami. Apa pandangan anda? Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter!

Yes, we would like to see a Vasantham cast list too!

Also, why are y’all gagging and acting brand new when Malays are not represented? Pergi saje ke Toggle dan lihat kesemuanya. Walaupun Toggle sebenarnya oleh Mediacorp dan sepatutnya kemukakan selebriti of all races/ethnicities, mereka cuma mengutamakan selebriti Cina. Ada jugak lah kadang-kadang Tabitha Nauser timbul, kan? Y’all mad @ this when we at Pengkritik Sandiwara dah lali sksksksks tapi we are not letting shit like this continue to happen. PERIODT!

You can view the full images on this Twitter thread!

Oh, Tawfik Daud juga ada versinya yang tersendiri!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s