Akan Datang: Mat Champion

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pada Julai ini, Teater Ekamatra mempersembahkan sebuah pementasan bertajuk Mat Champion.

Wow, cap logo dia very the Wonder Woman, Captain America dan Shazam dalam satu!

Diarah oleh Rizman Putra, Mat Champion mengisahkan mamat-mamat Mat Champion dan minah-minah Minah Rong Geng yang harus ketepikan perbezaan mereka demi menyelamatkan jati diri mereka.

Mat Champion yang ditulis oleh Rizman Putra dan Sabrina Annarhar menampilkan barisan pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Melayu. Antaranya, Daddy Fir Rahman, Farhana M Noor, Munah Bagharib dan Syaiful Ariffin. Tidak terlupa Norisham Osman dan Siti Maznah Mustaffa.

Dipentaskan buat kali pertama pada 2007, ia merupakan persembahan yang laris dijual!

Persembahan ini berharap dapat memupuk cinta terhadap bahasa ibunda menerusi seni. Ia mengajak penonton untuk berbincang tentang ‘kehilangan bahasa’ dan bagaimana anak muda boleh melawan agar bahasa terus kekal wujud. Isu seperti bahasa dan identiti diri juga akan dikupas.

Mat Champion juga ingin memberi tumpuan kepada memperkasa gadis-gadis dan mendidik budak-budak lelaki. Tidak semestinya watak perempuan selalu perlukan pertolongan, kededua lelaki dan perempuan boleh menjadi adiwira!

Pementasan ini dikhususkan untuk kanak-kanak dan belia berusia 6-16 tahun, ia sesuai untuk tontonan umum.

Mat Champion akan berlangsung dari 4 hingga 7 Julai di Creative Cube @ LASALLE College of the Arts. Tiket-tiket boleh didapati di sini, ada early bird so belilah sebelum burungnya terbang!

– Pengkritik Sandiwara

(dikemas kini pada 22 Mei 2019)

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s