Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pelakon asal Singapura, Aaron Aziz terkejut melihat tajuk filem Avengers tersenarai dalam Wikipedianya.
Dalam video yang dikongsikan di Instagramnya, Aaron berkata anak lelakinya terlihat bahawa lelaman wikipedia Aaron Aziz menyenaraikan filem-filem Marvel antara filem di mana dia pernah berlakon.
Antara filem itu termasuk Captain America, Avengers, Thor, Spider-Man dan Captain Marvel, di mana wujudnya watak Captain America/Steve Rogers.

Menurut lelaman Wikipedia itu, pelakon itu telah meminjamkan suaranya (dub). Suspect kuat, Aaron dub untuk watak Steve Rogers lah. Eh, betul ke ada dub Marvel movies?
Tapi Aaron pun keliru sebab dalam video itu dia kata dia tak terlibat dalam perfileman Marvel langsung! Terdengar dia cakap di akhir video, “bawang maneee create ni?”
Ni lah maksudnya bila guru anda kata jangan bergantung kepada Wikipedia untuk maklumat penting! Sebab sesiapa saja boleh edit Wikipedia.
Namun, pada masa yang sama, Wikipedia juga penuh dengan ilmu. Anda harus pandai cross-reference lah!
Kepada orang yang edit Wikipedia Aaron Aziz, baik mengaku sekarang! Kelakar hahahaha.
Oh yes, tahun lepas kita ada buat if Suria actors were Marvel characters gitu!
Tapi best jugak kalau Aaron dub untuk filem Marvel Melayu. Nak tengok pls…
– Pengkritik Sandiwara