“InsyaAllah, kita akan mementaskan Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0 di Star Theatre, Singapura!”
Begitulah yang dikongsikan oleh Ajai, seorang penyanyi, penggubah lagu, penerbit album, dan pemuzik tersohor dari Malaysia, di akaun media sosialnya semalam.
Dalam video kurang seminit itu, Ajai, atau nama penuhnya Mohamad Faizal Mass, kelihatan santai di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Seterusnya, beliau meninjau suasana di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre), salah satu panggung bertaraf dunia.
Ajai kelihatan teruja untuk membawa konsertnya ke pentas berprestij itu.
Kapsyen video itu mengumumkan bahawa Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0 bakal berlabuh di Kota Singa. Namun, tarikh tepat konsert tersebut masih menjadi tanda tanya, dengan Ajai meminta para peminat bersabar menanti pengumuman rasmi.
Soalannya, siapakah artis yang akan Ajai bawa bersama ke Singapura nanti?
Untuk konsert sebelumnya di Malaysia, Ajai telah mengundang barisan artis hebat seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hazama, Illa Sabry, Aufahanie, dan Raes, yang memukau penonton di Mega Star Arena.
Mungkinkah nama-nama besar ini turut mewarnai pentas Singapura, atau mungkin ada kejutan lain yang menanti?
Bagi yang sudah tak sabar nak menonton Ajai beraksi, anda juga boleh membeli tiket Konsert Galau The Finale, yang menampilkan kumpulan Exists. Sebagai salah seorang anggota Exists, Ajai tentunya bakal menyampaikan nostalgia lagu-lagu popular mereka yang terus dekat di hati peminat.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0 yang dijangka menjadi acara gilang-gemilang di Singapura!
– Pengkritik Sandiwara



[…] kali pertama, kita akan menyaksikan kehadiran ByAjai & Mega Friends 1.0 di tanah air […]
LikeLike
[…] Mulai esok (11.11), anda boleh mula sertai waitlist untuk membeli tiket Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0! […]
LikeLike
[…] di poster rasmi, rupanya ada lagi seorang penyanyi undangan yang bakal mengejutkan para penonton di Konsert ByAjai & Mega Friends di […]
LikeLike
[…] nak tengok konsert Liza Hanim ke, ByAjai & Mega Friends yang menampilkan Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama, Asmidar dan Talita Shuib ke, KRU […]
LikeLike
[…] konsert ByAjai & Mega Friends ada diskaun menarik oleh pihak penganjur bersama, […]
LikeLike
[…] terlalu mahalSaya sudah ulas dalam artikel terdahulu – harga tiketnya tinggi dan tidak semua orang […]
LikeLike