Tak sabar! Konsert ByAjai & Mega Friends bakal gempakkan Singapura!

“InsyaAllah, kita akan mementaskan Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0 di Star Theatre, Singapura!”

Begitulah yang dikongsikan oleh Ajai, seorang penyanyi, penggubah lagu, penerbit album, dan pemuzik tersohor dari Malaysia, di akaun media sosialnya semalam.

Dalam video kurang seminit itu, Ajai, atau nama penuhnya Mohamad Faizal Mass, kelihatan santai di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Seterusnya, beliau meninjau suasana di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre), salah satu panggung bertaraf dunia.

@byajai

Salam semua Sungguh teruja! Alhamdulillah, syukur kepadaNYA. Berkat doa2 anda semua, kami akn hadir. Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0 akan dipanggungkan di Kota Singa. 🇸🇬 The Star Performing Arts Center akan menjadi saksi. Hadirlah nanti utk kita sama2 mencipta memori. Bila? Tunggu… skit lagi pasti anda ketahui. 🫡 ‘ Yang pasti gerek seh 😉 #byajaiandmegafriends🇸🇬 #wakethebabyrecords #aapower #soundinnovations #byajai

♬ original sound – byajai – byajai

Ajai kelihatan teruja untuk membawa konsertnya ke pentas berprestij itu.

Kapsyen video itu mengumumkan bahawa Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0 bakal berlabuh di Kota Singa. Namun, tarikh tepat konsert tersebut masih menjadi tanda tanya, dengan Ajai meminta para peminat bersabar menanti pengumuman rasmi.

Soalannya, siapakah artis yang akan Ajai bawa bersama ke Singapura nanti?

Untuk konsert sebelumnya di Malaysia, Ajai telah mengundang barisan artis hebat seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hazama, Illa Sabry, Aufahanie, dan Raes, yang memukau penonton di Mega Star Arena.

Siapakah Mega Friends yang akan Ajai jemput ke Singapura?

Mungkinkah nama-nama besar ini turut mewarnai pentas Singapura, atau mungkin ada kejutan lain yang menanti?

Bagi yang sudah tak sabar nak menonton Ajai beraksi, anda juga boleh membeli tiket Konsert Galau The Finale, yang menampilkan kumpulan Exists. Sebagai salah seorang anggota Exists, Ajai tentunya bakal menyampaikan nostalgia lagu-lagu popular mereka yang terus dekat di hati peminat.

Kumpulan Exists akan berada di Konsert Galau tahun depan

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0 yang dijangka menjadi acara gilang-gemilang di Singapura!

– Pengkritik Sandiwara

6 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Iman Fandi penyanyi jemputan Konsert ByAjai & Mega Friends? – Pengkritik Sandiwara Batal balasan