Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Singapore Idol pertama, Taufik Batisah berkongsi di Instagramnya bahawa beliau mempunyai keinginan untuk membuat konsert.
Ini setelah penglibatannya dalam konsert yang agak flop berjudul Konsert Luar Biasa yang menampilkan Andmesh bersama Cakra Khan, Hady Mirza dan ramai lagi.
Menurut penyanyi Awak Kat Mana itu, dia “rasa macam tak cukup”.
Taufik bertanyakan di Instagram sama ada beliau harus adakan konsert ulang tahun ke-20 tahun depan untuk menyambut 20 tahun dalam industri nyanyian ini.
Beliau juga menanyakan apakah antara lagu yang harus beliau dendangkan.
Hmm… lagu febret Min tu la Reach Out For The Sky!
Selain itu, siapa antara artis jemputan yang korang nak tengok? Pasti gempak kalau ketiga-tiga Singapore Idol – Hady Mirza serta Sezairi – di satu pentas.
Pasti ramai pengundi Taufik Batisah semasa zaman Singapore Idol akan terpusu-pusu nak beli tiket, kan?
Lagipun, SAH Entertainment dah sound…
Kalau SAH Entertainment yang anjurkan, kemungkinan besar ia akan berlangsung di Star Theatre, kan?
Kami di Pengkritik Sandiwara doakan yang terbaik buat Taufik agar dapat merealisasikan impian itu!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Taufik Batisah)


[…] Alumni Singapore Idol musim ketiga itu menyanyikan lagu Sesuatu Janji nyanyian asal Taufik Batisah. […]
LikeLike
[…] lalu, SAH Entertainment berjaya membawa Taufik Batisah, Setia Band, Insomniacks, ST12, D’Masiv, Sufi Rashid, Kangen Band, Cakra Khan, Judika, serta NOAH […]
LikeLike
[…] persembahan memukau Aku Bersahaja bersama Sheila Abdull di minggu terakhir Gegar Vaganza 11, Taufik Batisah akhirnya memberikan sedikit maklumat tentang konsert […]
LikeLike
[…] Singapore Idol yang kini makin aktif dalam projek seni. Bila-bila masa je boleh umum konsert […]
LikeLike
[…] 2023, Taufik luahkan keinginan untuk membuat konsert dan SAH Entertainment memberi komen di siaran […]
LikeLike
[…] anda boleh dapatkan tiket konsert Taufik Batisah ‘One Last Dance’ pada 9 Julai […]
LikeLike
[…] itu, SAH Entertainment telah membuat pengumuman untuk membuka Circle 2 agar lebih ramai Fiknatics boleh membeli tiket untuk menyaksikan Taufik Batisah beraksi di One Last Dance yang akan […]
LikeLike