Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pasangan rakan karib Hans Ashrie dan Aidil Arsad secara terbuka telah putus persahabatan.
Dua orang pempengaruh itu yang sering muncul bersama di socmed masing-masing menjelaskan perkara ini di Instagram mereka petang tadi.
Menerusi pertanyaan di aplikasi hangat lagi sensasi NGL, Aidil mengongsi secebis kisah ini.
Menurutnya, dia tidak mahu lagi berkaitan dengan Hans Ashrie dan ingin menutup buku. Aidil juga mengakhiri posting itu dengan Al-Fateha.
Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial
Kyrul Ashrie juga memberi keterangan bagi pihaknya.
Bekas DJ Ria itu berkata mereka hanya sekadar rakan.
Menarik sekali, dalam kedua-dua penjelasan oleh mereka, tiada konteks yang diberikan. Semuanya samar-samar, membuat orang ramai terpinga-pinga.
Malah, kedua-dua bekas sahabat akrab itu masih di bawah naungan Mak Besar, syarikat milik Haryani Othman.
Apa yang terjadi? Hantarkan gosip dan insider scoop anda ke NGL kami di sini.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Hans Ashrie, Aidil Arsad)


[…] terperanjatnya apabila kedua-dua mereka putus persahabatan secara terbuka di Instagram […]
LikeLike
[…] beliau di corong radio gembira dapat mengubat rindu setiap pagi. Dan semoga maju jaya buat Hans Ashrie! Anda boleh dengar segmen #2BudakNakal di radio serta […]
LikeLike
[…] dah habis baca ni semua, baru Min tersedar… Eh, mana si Hans Ashrie? Bukan ke baru bulan lima haritu dia join Ria balik? Dia bersama Nity Baizura kendalikan […]
LikeLike