Sezairi penyanyi SG pertama cecah 100juta strim di Spotify

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sezairi pecah rekod, menjadi penyanyi Singapura pertama yang mempunyai 100 juta strim untuk lagu single di Spotify.

Mengumum berita gempak ini di Twitternya, Sezairi menjelaskan di bebenang bahawa single ‘It’s You‘ ditulis kerana keinginannya untuk menjadi ihsan, suami dan kekasih yang lebih baik.

Ia amat bermakna buat Sezairi kerana pendengarnya telah menerapkan kembali kepercayaannya terhadap keindahan dan kemanusiaan muzik.

Pemilik YouTube Play Button Perak itu menambah bahawa menulis muzik telah membuatnya sedar akan kehancurannya sendiri. Dan validation yang dirinya mencari-cari selama ini ada pada dirinya selama ini.

.

Di akhir bebenang itu, Sezairi mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada peminatnya.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga Sezairi akan terus mencipta karya yang menyentuh jiwa anak Singapura dan dunia!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Twitter, YouTube Sezairi)

2 comments

Tinggalkan komen